UK Tuntut EU Beralah Agar Tidak Menyesal Kemudian Hari!

231

Michael Gove yang merupakan ahli kabinet Britain tampil memberi ulasan mengenai isu Brexit pada hari ini. Menurut beliau, UK ‘bertekad’ untuk mencapai perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Kesatuan Eropah. Menteri kabinet memberitahu parlimen bahawa pasukan perunding UK sedang bekerja keras untuk capai perjanjian dengan EU.

Walaubagaimanapun, jurang dalam rundingan di London minggu ini dipercayai kini dalam fasa terakhir berdasarkan sumber kerajaan UK. Rundingan ini akan dilanjutkan pada minggu hadapan dengan tarikh akhir perjanjian semakin hampir.

Walaubagaimanapun, jurang dalam rundingan masih ada seperti isu perikanana. Menurut Gove, atas dasar itu pihak perunding UK bekerja keras dengan Ketua Perunding EU, Michel Barnier untuk mutup jurang tersebut. Gove mengatakan bahawa UK telah menunjukkan fleksibiliti terhadap tuntutannya dan meminta EU untuk melakukan hal yang sama.

Walhal begitu, Perdana Menteri Boris Johnson telah menyatakan pendirian UK bahawa UK bersedia untuk maju tanpa kesepakatan.

Tempoh status quo UK akan berakhir pada 31 Disember. Sekiranya kesepakatan perdagangan tidak disepakati, UK akan berdagang dengan EU dengan menggunakan peraturan Organisasi Perdagangan Dunia.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat