Ulasan Fed Rosengren Membuatkan Rakyat A.S Semakin Hilang Harapan!

576

Presiden Rizab Persekutuan Boston, Eric Rosengren pada hari Rabu telah memberi ulasan mengenai prospek ekonomi pada masa akan datang. Beliau berpendapat bahawa aktiviti ekonomi akan kembali perlahan dan momentum untuk mencapai tenaga kerja penuh akan pudar jika negeri-negeri A.S mula melaksanakan lebih banyak sekatan sebagai langkah untuk mengawal pandemik.

Tambah Rosengren, perbelanjaan pengguna juga rendah berbanding sebelumnya kerana perjarakan sosial. Beliau turut berpendapat bahawa ramalan ekonomi A.S pada musim luruh ini tidak menentu dan aktiviti ekonomi yang perlahan berekemungkinan akan berlanjutan.

Dapatan kajian menunjukkan, negeri-negeri yang melaksanakan sekatan-sekatan yang lebih lama pada awal krisis berjaya menunjukkan tahap kesihatan yang lebih baik dan perbelanjaan yang lebih tinggi. Disisi lain, negeri-negeri yang mengangkat langkah penguncian ekonomi telah melihat peningkatan aktiviti ekonomi namun hanya dalam jangka pendek setelah penularan wabak semakin meningkat.

Usaha yang terhad atau tidak konsisten oleh negara-negara untuk mengawal virus berdasarkan panduan kesihatan awam bukan sahaja menempatkan warganegara pada risiko namun juga memberi kesan kepada ekonomi, kata Rosengren.

Disisi lain, sebelum ini, Fed Cleveland, Loretta menyatakan peningkatan semula kes COVID-19 di beberapa negeri dan kawasan berkenaan telah mengakibatkan pengguna terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka.

AS kini telah mencatatkan lebih 5 juta kes jangkitan dengan 167,804 kematian.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat