• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Ulasan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Ini (12-16 Disember)

Ulasan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Ini (12-16 Disember)

18 December 2016
Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Yang Lebih Jimat?

Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Yang Lebih Jimat?

22 September 2026
Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

22 September 2026
8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

22 September 2026
FBMKLCI Naik 14.47 Mata, Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

FBMKLCI Naik 14.47 Mata, Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

22 September 2026
Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

22 September 2026
Trump-Xi Nak Jumpa! Pasaran Bersiap Hadapi Kejutan!

Trump-Xi Nak Jumpa! Pasaran Bersiap Hadapi Kejutan!

22 September 2026
Skandal Kewangan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

Skandal Kewangan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

22 September 2026
RBNZ Bongkar Kesilapan Lama! Apa Nasib NZD?

RBNZ Bongkar Kesilapan Lama! Apa Nasib NZD?

22 September 2026
Tekanan Ekonomi Bermula! AS Sekat Semua Penerbangan Iran Mulai Rabu

Tekanan Ekonomi Bermula! AS Sekat Semua Penerbangan Iran Mulai Rabu

22 September 2026
XRP Terus Menguat, $1.50 Jadi Halangan Seterusnya!

XRP Terus Menguat, $1.50 Jadi Halangan Seterusnya!

22 September 2026
Fed Makin Hawkish! Trader Perlu Waspada?

Fed Makin Hawkish! Trader Perlu Waspada?

22 September 2026
Ringgit Kembali Mengukuh Selepas Harga Minyak Susut

Ringgit Kembali Mengukuh Selepas Harga Minyak Susut

22 September 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Tuesday, 22 September 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Emas Perkukuhkan Posisi Kemuncak, Fokus Diberikan Pada NFP AS

    Momentum Emas Masih Kukuh, Hawkish Fed Masih Membara

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    Emas Tawan Posisi Tertinggi Baru, Pasak Di Puncak $2,195!

    XAU/USD Sasar $4,400, Impak Fed & Minyak Masih Panas

    Ringkasan Pagi: Sentimen Pasaran Positif, Apa Tumpuan Hari Ini?

    Ringkasan Pagi: Sentimen Pasaran Positif, Apa Tumpuan Hari Ini?

    Tergempar! UAE Umum Penarikan Diri Daripada OPEC

    Saluran Paip Timur-Barat Masih Lumpuh: Berapa Lama Minyak Mampu Tahan Bawah $105?

    Harga Emas XAU/USD: Fed Hawkish, Tapi Kenapa Gold Masih Pacak?

    Harga Emas XAU/USD: Fed Hawkish, Tapi Kenapa Gold Masih Pacak?

    Harga Barang Makin Menekan! Inflasi Malaysia Naik Lagi!

    Harga Barang Makin Menekan! Inflasi Malaysia Naik Lagi!

    Venezuela Pindahkan $4 Bilion Rizab Emas Dari BOE ke Federal Reserve

    Venezuela Pindahkan $4 Bilion Rizab Emas Dari BOE ke Federal Reserve

    Harga Emas Kembali Jatuh Bawah $2,040, Fed Bakal Beri Petunjuk Seterusnya!

    Lantunan Emas Atas $4,300 Diteruskan, Bearish Gagal?

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    RBNZ Bongkar Kesilapan Lama! Apa Nasib NZD?

    RBNZ Bongkar Kesilapan Lama! Apa Nasib NZD?

    Fed Makin Hawkish! Trader Perlu Waspada?

    Fed Makin Hawkish! Trader Perlu Waspada?

    Ringgit Kembali Mengukuh Selepas Harga Minyak Susut

    Ringgit Kembali Mengukuh Selepas Harga Minyak Susut

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    Ringgit Bergerak Bercampur Selepas BOJ Naikkan Kadar 

    Ringgit Bergerak Bercampur Selepas BOJ Naikkan Kadar 

    Ringkasan Pagi: Sentimen Pasaran Positif, Apa Tumpuan Hari Ini?

    Ringkasan Pagi: Sentimen Pasaran Positif, Apa Tumpuan Hari Ini?

    GBP/USD ’Forecast’: Retail Sales Bakal Hancurkan Harapan Buyer?

    GBP/USD ’Forecast’: Retail Sales Bakal Hancurkan Harapan Buyer?

    Ringgit Dibuka Tinggi, Harga Minyak Reda

    Ringgit Dibuka Tinggi, Harga Minyak Reda

    Ringgit Susut, Bon Malaysia Berdepan Risiko?

    Ringgit Susut, Bon Malaysia Berdepan Risiko?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    XRP Terus Menguat, $1.50 Jadi Halangan Seterusnya!

    XRP Terus Menguat, $1.50 Jadi Halangan Seterusnya!

    Adakah Bitcoin Menuju ke $90,000?

    Adakah Bitcoin Menuju ke $90,000?

    XRP Pecah $1.40, Pelabur Kembali Memburu?

    XRP Pecah $1.40, Pelabur Kembali Memburu?

    Bitcoin Bangkit Semula, $81,000 Berjaya Dipertahankan!

    Bitcoin Bangkit Semula, $81,000 Berjaya Dipertahankan!

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    XRP Masih Tertekan, Mampukah Tembus $1.40?

    XRP Masih Tertekan, Mampukah Tembus $1.40?

    Bitcoin Dijangka Cecah $100,000 Tahun Ini?

    Bitcoin Dijangka Cecah $100,000 Tahun Ini?

    Ramalan Bitcoin & XRP: Ke Mana Arah Seterusnya?

    Ramalan Bitcoin & XRP: Ke Mana Arah Seterusnya?

    XRP Berlegar Sekitar $1.30 Selepas CLARITY Act Gagal

    XRP Berlegar Sekitar $1.30 Selepas CLARITY Act Gagal

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FBMKLCI Naik 14.47 Mata, Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

    FBMKLCI Naik 14.47 Mata, Kekal Kukuh Pada Tengah Hari

    Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

    Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    Ringkasan Pagi: AI Bangkitkan Semula Selera Trader!

    Sektor Perladangan, Kesihatan & Utiliti Tarik Aliran Masuk RM299.6 Juta!

    Sektor Perladangan, Kesihatan & Utiliti Tarik Aliran Masuk RM299.6 Juta!

    IPO Malaysia: SLGC Masih Dibuka, EcoSys Menyusul

    IPO Malaysia: SLGC Masih Dibuka, EcoSys Menyusul

    Tamat Era Legenda! Howard Buffett Terajui Berkshire Hathaway

    Tamat Era Legenda! Howard Buffett Terajui Berkshire Hathaway

    FBMKLCI Susut Di Tengah Sesi Walaupun Data Dagangan Kukuh?

    FBMKLCI Susut Di Tengah Sesi Walaupun Data Dagangan Kukuh?

    Bursa Malaysia Kembali Kukuh Selepas Dibuka Rendah

    Bursa Malaysia Kembali Kukuh Selepas Dibuka Rendah

    Micron Tawar Bonus 68 Bulan Gaji Kepada Pekerja!

    Micron Tawar Bonus 68 Bulan Gaji Kepada Pekerja!

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Matawang Berita Kalendar Ekonomi

Ulasan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Ini (12-16 Disember)

Team INTRADAY by Team INTRADAY
18 December 2016
in Berita Kalendar Ekonomi, Isu Semasa
0
Ulasan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Ini (12-16 Disember)
5
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Minggu ini menjadi tempoh yang begitu penting dalam pasaran tukaran matawang dunia dengan penetapan kadar faedah dari tiga bank pusat utama dunia iaitu The Federal Reserve, Bank of England dan Switzerland National Bank (SNB). Daripada ketiga-tiga bank pusat ini, pasaran lebih menumpukan kepada penetapan kadar oleh Federal Reserve (Rizab Persekutuan US) kerana kesannya yang begitu besar kepada pasaran tidak kiralah pasaran Forex, ekuiti atau bon.

Moshed.com melihat pasaran pada minggu ini lebih banyak digerakkan oleh penetapan kadar The Fed yang menaikkan kadarnya dari 0.50% kepada 0.75%. Apa yang lebih penting adalah kesan penguatan matawang US dolar disebabkan penetapan kadar pada Khamis berikutan jangkaan kenaikan kadar sebanyak tiga kali kenaikan pada 2017 dan komen yang sedikit hawkish oleh Janet Yellen semasa sidang media.

Manakala dalam data-data petunjuk ekonomi yang lain, news impak tinggi dari US menguasai pasaran pada minggu ini dan juga data dari UK. Secara keseluruhannya data dari US masih menunjukkan pengukuhan dan tiada tanda-tanda aktiviti ekonomi yang semakin perlahan yang mana akan diulas secara lanjut di bawah.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

5 Dis – 9 Dis 12 Dis – 16 Dis
Eur/Usd–Jatuh 368 pip Eur/Usd-Jatuh 304 pip
Usd/Jpy–Naik 136 pip Usd/Jpy-Naik 393 pip
Gbp/Usd–Turun 222 pip Gbp/Usd-Jatuh 352 pip
Usd/Chf–Naik 194 pip Usd/Chf-Naik 260 pip
Usd/Cad–Jatuh 205 pip Usd/Cad-Naik 337 pip
Aud/Usd–Naik (ranging) 96 pip Aud/Usd-Jatuh 259 pip
Nzd/Usd–Naik 153 pip Nzd/Usd-Jatuh 307 pip

 

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Pengeluaran Industri China: Selasa

Pengeluaran industri di China meningkat sebanyak 6.2% pada November berbanding tempoh sama tahun lepas. Bacaan ini dikeluarkan oleh Biro Statistik Nasional China (National Bureau of Statistics). Bacaan yang dikeluarkan lebih tinggi berbanding Otober yang mencatatkan 6.1%. Manakala dalam data berasingan, petunjuk ekonomi pelaburan aset-tetap yang juga merupakan petunjuk kepada perbelanjaan jangka panjang meningkat sebanyak 8.3% pada Januari-November. Pelaburan di kawasan bandar (urban) meningkat pada kadar sama sehingga Oktober. Pertumbuhan dalam kategori data ini mula perlahan sejak tiga tahun lepas.

  • Indeks Harga Pengguna UK (CPI): Selasa

Harga pengguna di UK (CPI) meningkat 0.2% pada November dengan kadar inflasi tahunan naik sebanyak 1.2% dari 0.9% sebelum ini. Jangkaan penganalisis bagi Indeks Harga Pengguna (CPI y/y) ini ialah 1.1%. Bacaan ini merupakan paras tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1.4% Oktober 2014. Kadar inflasi teras (core CPI) naik dari 1.2% kepada 1.4% yang lebih tinggi dari jangkaan. Dari segi bacaan tahunan, terdapat kejatuhan dalam kategori makanan dan minuman, manakala kategori yang lain pertama kali merekodkan kenaikan sejak pertengahan tahun 2014 berikutan peningkatan kos pengangkutan jika dibandingkan dengan November 2015.

  • Tankan Survey, Jepun: Rabu

Bank of Japan’s Tankan survey atau tinjauan terhadap syarikat pembuatan bersaiz besar mencatatkan bacaan 10 berbanding 6 pada suku kedua yang lalu. Data Tankan Survey ini dibuat oleh Bank of Japan (bank pusat Jepun) dan dikeluarkan setiap suku tahunan. Bacaan di atas nilai 0 menunjukkan keadaan yang semakin baik dalam sektor pembuatan Jepun dan begitu juga sebaliknya jika bacaan di bawah nialai 0.

  • Data pekerjaan, UK: Rabu

Kadar pengangguran di UK kekal pada kadar 4.8% pada Oktober sejajar dengan jangkaan yang juga merupakan kadar terendah sejak September 2005.

Manakala dalam data indeks purata pendapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 2.5% dari 2.4% pada bulan sebelum yang juga melebihi jangkaan 2.3% penganalisis. Jika tidak mengambil kira bonus, peningkatan adalah sebanyak 2.6% yang merupakan paras tertinggi sejak Ogos 2015. Kadar pendapatan yang lebih tinggi akan menyokong perbelanjaan pengguna dalam masa terdekat.

Dalam data berasingan data faedah pengangguran (unemployment claimant count) meningkat 2,400 pada November lebih rendah dari jangkaan pasaran sebanyak 6,000. Claimant-count ini telah meningkat empat bulan berturut-turut.

  • Data Jualan Runcit US: Rabu

Bacaan bagi jualan runcit hanya meningkat 0.1% pada Okotber yang menunjukkan kejatuhan berbanding bacaan yang dicatatkan pada bulan sebelum iaitu 0.6%. Jangkaan bagi data ini adalah 0.4%. Manakala jualan runcit tahunan perlahan berbanding tahun lepas dari 4.2% kepada 3.8%.

  • Data Inventori Minyak EIA: Rabu

EIA atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 2.6 juta tong pada minggu berakhir 9 Disember berbanding 2.4 juta penyusutan pada minggu lepas. Jumlah inventori setakat ini ialah 483.2 juta tong.

  • Penetapan Kadar FOMC: Khamis

Pengerusi The Fed Janet Yellen menyatakan keputusan untuk menaikkan kadar adalah hasil daripada undian daripada keyakinan ekonomi yang semakin baik. Kadar dinaikkan sebanyak 25 mata asas dari 0.50% kepada 0.75%. Beliau menjangkakan kadar baru ini hanya mempunyai sedikit impak kepada ekonomi yang terbukti kukuh.

Dalam analisis ‘dot plot’ The Fed juga telah membangkitkan keyakinan kepada peningkatan kadar pada 2017 di mana ia menunjukkan potensi tiga kali kenaikan pada 2017 berbanding dua kali pada mesyuarat November.

Menurut Yellen, polisi monetari masih akomodatif (accomodative) berikutan keputusan yang telah dibuat. Hal ini hanyalah sederhana berdasarkan Fed Funds Rate di paras 0.75%. Polisi monetari akomodatif ialah tindakan bank pusat menambahkan bekalan wang untuk meningkatkan aktiviti ekonomi.

Perubahan yang dibuat ini disebabkan pengurangan kadar pengangguran yang tidak dijangka sehingga ke paras 4.6%. Ada juga ahli FOMC yang membincangkan tentang potensi perubahan kepada percukaian US untuk melaraskan jangkaan ekonomi mereka.

  • Data pekerjaan Australia : Khamis

Angka pekerjaan Australia yang dilaporkan menguat memberi kejutan pada bulan November selepas mengharungi tempoh setahun yang amat sukar buat pasaran tersebut. Biro Perangkaan Australia mengumumkan bahawa angka pekerjaan meningkat sebanyak 39,1000 pada bulan November, sekali gus mengatasi ramalan awal sebanyak 20,000 pekerjaan. Kadar pengangguran pula dilaporkan meningkat sehingga 5.7 peratus. Dalam laporan ini juga, angka pekerjaan sepenuh masa melonjak sebanyak 39,300 semenjak September kepada 84,000, memulih daripada kerugian yang dicatat sejak Januari lalu.

  • Penetapan Kadar SNB: Khamis

Bank Negara Swiss (SNB) mengekalkan kadar faedah pada tahap yang rendah bagi menjaga nilai Franc Switzerland. Bank pusat itu turut mengekalkan Libor Rate pada kadar 0.75 peratus. Menurut SNB dalam satu kenyataan, kadar faedah yang negatif dan campur tangan SNB dalam pasaran pertukaran asing bertujuan untuk menjadikan pelaburan terhadap franc Swiss kurang menarik, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas matawang. Bank itu turut memotong ramalan inflasi pada tahun 2017 dan 2018, namun menjangkakan prospek ekonomi bakal berkembang sekitar 1.5 peratus bagi tahun ini dan akan datang.

  • Penetapan Kadar Bank of England, UK: Khamis

Bank of England melalui Monetary Policy Committee (MPC) mengekalkan kadarnya di paras 0.25% yang menepati jangkaan pasaran. Data-data ekonomi menunjukkan aktiviti ekonomi masih meningkat dalam kadar sederhana yang disokong oleh peningkatan perbelanjaan. Jangkaan kepada situasi perniagaan di UK pula suram dan berkemungkinan aktiviti dalam perniagaan UK akan semakin perlahan. Kadar pengurangan kepada sektor ini akan banyak bergantung kepada perbelanjaan isirumah.

  • Data Harga pengguna US: Khamis

Harga pengguna US (Consumer Price Index, CPI) naik 0.2% pada November berbanding 0.4% yang dicatatkan pada bulan sebelum. Peningkatan ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran. Dalam bacaan tahunan telah pun meningkat ke paras 1.7% dari 1.6% yang disebabkan oleh impak peningkatan harga tahun lalu dan ini merupakan bacaan tertinggi sejak Oktober 2014.

Harga teras (Core CPI) turut meningkat 0.2% pada bulan sama selepas mencatatkan kenaikan 0.1% pada Oktober yang turut sejajar dengan jangkaan pasaran. Manakala dalam bacaan tahunan peningkatan masih di paras 2.1% yang rsedikit rendah berbanding jangkaan 2.2%.

  • Jobless claims US: Khamis

Jabatan Buruh US melaporkan 254,000 laporan pengangguran (Jobless claims) dicatatkan bagi minggu berakhir pada 10 Disember yang menunjukkan pengurangan sebanyak 4,000 berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 258,000. Data yang dikeluarkan ini lebih rendah dari jangkaan penganalisis sebanyak 255,000. Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 93 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

  • Ucapan Gabenor Poloz: Jumaat

Menurut Semakan Sistem Kewangan Bank of Canada, tahap risiko dalam sistem kewangan Kanada masih tidak berubah sejak enam bulan lalu. Bank pusat sebenarnya masih memerhati dua perkara dalam sistem kewangan Kanada yang mampu memberikan risiko iaitu, isirumah yang mempunyai pinjaman tinggi dan pasaran perumahan yang tidak stabil. Kedua-dua aspek ini selalunya akan bergerak seiring yang boleh dilihat di negara-negara lain.

Gabenor Poloz menyatakan dalam majlis ini, bahawa pihak bank pusat boleh membezakan antara kedua-dua risiko ini khususnya apabila pihak kerajaan menggunapakai polisi-polisi hutang perumahan yang baru yang akan mengurangkan aktiviti dalam pasaran perumahan. Bagi beliau ia masih tetap memberi impak kepada hutang isirumah yang sangat tinggi.

Secara keseluruhan, beliau dilihat tidak memberikan sebarang isyarat tentang polisi monetari. Poloz dilihat lebih yakin inflasi akan meningkat ke tahap sasaran yang mana memberi isyarat bank pusat Kanada tidak akan menggunakan pelonggaran polisi dalam masa terdekat ini .

ShareTweetSend

Related Posts

Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Arab Saudi kini mendapat sokongan ketenteraan terhad daripada United Kingdom selepas Riyadh meminta bantuan untuk menghadapi serangan Houthi yang semakin...

Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah, akan melabur sebanyak AS$552,500 (RM2.3 juta) dalam Sagtec Global...

Trump-Xi Nak Jumpa! Pasaran Bersiap Hadapi Kejutan!

Trump-Xi Nak Jumpa! Pasaran Bersiap Hadapi Kejutan!

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Pasaran global memasuki minggu yang penting apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dijadualkan bertemu pada...

Tekanan Ekonomi Bermula! AS Sekat Semua Penerbangan Iran Mulai Rabu

Tekanan Ekonomi Bermula! AS Sekat Semua Penerbangan Iran Mulai Rabu

by Team INTRADAY
22 September 2026
0

Semua syarikat penerbangan Iran akan ditutup mulai 23 September susulan tekanan ekonomi yang diperketatkan Amerika Syarikat (AS) terhadap Tehran, menurut...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Kenapa Malaysia Tiba-Tiba Menjadi Buruan Dunia?

Kenapa Malaysia Tiba-Tiba Menjadi Buruan Dunia?

21 September 2026
Minyak Dah Mula Dicatu? 5 Negara Berdepan Krisis

Minyak Dah Mula Dicatu? 5 Negara Berdepan Krisis

21 September 2026
Bahan Paling Mahal Di Bumi, Harganya Boleh Cecah AS$62.5 Trilion 

Bahan Paling Mahal Di Bumi, Harganya Boleh Cecah AS$62.5 Trilion 

21 September 2026
Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Yang Lebih Jimat?

Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Yang Lebih Jimat?

0
Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

Tengku Hassanal Labur $552,500 Dalam Syarikat AI Sagtec Global

0
Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

0
Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Yang Lebih Jimat?

Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Yang Lebih Jimat?

22 September 2026
Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

Arab Saudi Minta UK Bantu Lawan Houthi!

22 September 2026
8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

8 Bilionair Ini Bermula Dari Kerjaya Yang Tak Disangka!

22 September 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.