Ulasan News Besar ECB Dan Pergerakan Matawang EUR/USD

838

ECB seperti yang dijangka mengekalkan polisi monetarinya seperti yang telah diumumkan pada Khamis termasuk jangkaan terhadap program pembelian bon (APP). Mario Draghi secara keseluruhan dalam sidang media meletakkan semua tindakan ECB masih terbuka termasuk program pembelian bon, di mana beliau meragui kenaikan kadar faedah ECB tahun ini.

Draghi masih menegaskan perlunya polisi yang akomodatif (menyokong ekonomi).

Dalam kenyataan awal polisi 45 minit sebeum sidang media Draghi, ECB mengesahkan akan mengurangkan pembelian bon kepada 30 billion euro sebulan bermula Januari 2018 sehingga September, atau lebih jika perlu dan sehingga Governing Council (Ahli ECB) melihat pengukuhan inflasi menuju ke arah sasaran inflasi bank pusat.

Dalam sidang media selepas itu, Draghi menegaskan perkara ini dalam ucaptama beliau dan menjelaskan keadaan ekonomi Zon-Eropah yang memberangsangkan di mana pertumbuhan ekonomi melebihi daripada jangkaan pada separuh kedua 2017. Oleh itu, jelas beliau momentum dan pengurangan masalah kecil ekonomi telah meningkatkan keyakinan bahawa inflasi akan menuju ke arah sasaran 2%.

Draghi juga mengatakan tekanan harga masih tidak banyak berubah dan berpendapat masih tiada isyarat yang meyakinkan tentang tren kenaikan inflasi.

Komen Draghi tentang matawang Euro

Dalam komennya, naik-turun (volatility) dalam tukaran matawang adalah sumber ketidaktentuan yang mana bank pusat akan terus memerhatikannya. Walaupun begitu, beliau menegaskan ‘kadar tukaran’ bukanlah sasaran polisi bank pusat.

Bagi Draghi, risiko kerugian kepada ekonomi lebih banyak bersangkut-paut dengan faktor global termasuk perkembangan dalam pasaran tukaran matawang asing.

Komen Draghi tentang kenaikan kadar faedah

Draghi juga seakan menafikan kadar faedah akan dinaikkan tahun ini. Beliau menegaskan apa yang tersebar di ruang media hanyalah spekulasi yang dikaitkan dengan tindakan ECB selepas ini.

Menjawab soalan wartawan tentang kenaikan kadar faedah pertama tahun ini, Draghi mengatakan, “Berdasarkan data hari ini saya melihat sedikit peluang kadar faedah dinaikkan tahun ini.”

Sebab lonjakan Euro semasa sidang media Draghi

Apa yang menyebabkan lonjakan matawang Euro semasa sidang media Draghi adalah komen beliau tentang pengukuhan ekonomi Zon-Eropah melebihi jangkaan pada 2017.

Kejatuhan Euro ketika ini pula lebih kepada faktor komen Trump tentang pengukuhan US dolar yang mana beliau mengatakan US dolar akan menjadi lebih kuat di bawah pemerintahannya. Hal ini lah yang menyebabkan lonjakan US dolar berbanding matawang-matawang utama yang lain pada pukul 3 pagi Jumaat.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat