[Artikel Tajaan]
Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell, menekankan pendirian berhati-hati FED mengenai isu pengurangan kadar faedah, hal ini sekaligus menunjukkan bahawa FED tidak akan tergesa-gesa untuk melonggarkan dasar walaupun terdapat spekulasi di dalam pasaran.
Penegasan ini memberi sedikit kelegaan kepada aset pasaran seperti komoditi yang telah menghadapi tekanan penjualan sepanjang minggu berikutan ketidaktentuan mengenai pemilihan kabinet Presiden terpilih Donald Trump dan prospek pemulihan ekonomi China.
Walaupun penurunan kadar pada Disember 2024 masih berkemungkinan, dan dua lagi dijangka pada 2025, data ekonomi AS yang kukuh kebelakangan ini dilihat dapat menenangkan jangkaan pedagang terhadap pelonggaran agresif FED.
Laporan data ekonomi semalam telah menunjukkan bukti ketahanan ekonomi negara itu, dengan harga pengeluar (Producer Price) melebihi jangkaan dan tuntutan pengangguran (Initial Jobless Claims) dilaporkan menurun ke tahap terendah sejak Mei 2024, sekaligus menunjukkan isyarat situasi keadaan pasaran buruh yang ketat.
Laporan data ini, bersama dengan komen Powell, menjadikan pelabur mengurangkan pertaruhan terhadap pengurangan kadar yang segera.
Hari ini, lebih banyak kejelasan dijangka akan terjawab mengenai arah tuju Fed apabila data jualan runcit dikeluarkan pada malam ini, di samping ucapan daripada beberapa pegawai Fed.
Ramai pembuat dasar baru-baru ini menyuarakan pandangan berhati-hati, menekankan keseimbangan antara menyokong pertumbuhan dan menangani tekanan inflasi yang berterusan.
Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI