Ulasan Penetapan Polisi Bank Pusat New Zealand, Nzd/Usd Naik 70 Pip Pagi Tadi

44

Bank pusat New Zealand (RBNZ, Reserve Bank of New Zealand) mengekalkan polisi monetari pada Khamis dengan kadar faedah di paras terendah 1.75% untuk menyokong kenaikan inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Kadar faedah tidak berubah sejak November di mana pengekalan kadar kali ini telah dijangka oleh pasaran. Pasaran melihat RBNZ akan menaikkan kadar secara beransur-ansur bermula tahun depan.

Ekonomi New Zealand berkembang sedikit lemah daripada jangkaan iaitu 0.5% pada suku pertama seperti yang ditunjukkan oleh data minggu lalu. Itu menunjukkan bacaan dari tahun ke tahun, ekonomi berkembang 2.5%. Perkembangan ekonomi pada suku pertama dipacu oleh sektor pertanian, perdagangan runcit, pembuatan dan penggunaan isirumah.

Penggunaan dijangka akan terus meningkat pada suku kedua berdasarkan tinjauan pengguna oleh Westpac. Manakala data keyakinan pengguna meningkat kepada 113.4 pada suku kedua yang tertinggi sejak dua tahun lalu.

Sektor pembuatan juga sedang bergerak ke atas, menurut data PMI yang dikeluarkan.

RBNZ juga akan terus meneliti inflasi yang bergerak semakin panas pada suku pertama. Harga pengguna (CPI) meningkat ke paras 2.2% dalam tempoh Januari-Mac, lebih tinggi daripada ramalan bank pusat 1.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat