Ulasan Richard Clarida Buatkan Pasaran Semakin Jelas Tentang Hala Tuju Bank Pusat!

352

Naib Presiden Rizab Persekutuan, Richard Clarida telah mengeluarkan kenyataan yang menjawab pertanyaan pemain pasaran sejak akhir-akhir ini. Pasaran sebelum ini berbelah bahagi dengan langkah seterusnya yang bakal diambil oleh the Fed. Sebahagian pihak dalam the Fed sendiri telah mengeluarkan pandangan tersendiri mengenai peningkatan kadar faedah dalam jangka masa pendek.

Walaubagaimanapun, Richard Clarida telah memberi sebuah kenyataan yang lebih jelas bahawa pembuat dasar tidak akan mempertimbangkan kenaikan kadar faedah sehingga inflasi mula mencecah 2% Penjelasan ini bertujuan unutk membantu meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai pendekatan baru bank pusat terhadap dasar monetari.

Menurut Clarida, kadar faedah akan dikekalkan pada tahap semasa sehingga inflasi PCE mencapai kadar 2% sebagaimana yang dilaporkan oleh Bloomberg. Clarida menyimpulkan selain daripada kadar inflasi pada bacaan 2%, petunjuk dalam pasaran buruh juga akan diambil kira sebagai faktor yang dipertimbangkan.

Sebelum ini the Fed mengumumkan keputusan mereka untuk mengekalkan kadar faedah rendah untuk jangkaan tiga tahun akan datang. Keputusan tersebut diambil dengan tujuan untuk meningkatkan kadar inflasi lebih daripada 2% dengan kadar faedah kekal pada 0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat