Umpama Roket Gagal Lepasi Orbit, Pasaran Saham Jatuh Semula

319

Pasaran ekuiti di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mengalami penurunan ekoran sentimen kebimbangan pelabur terhadap risiko ekonomi dan ketegangan geopolitk kembali menguasai pasaran.

Penurunan pada saham menyusul selepas ia mencatat kenaikan 3 hingga 4 hari berturut-turut yang berjaya memadam kerugian yang dialami ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sementara pelabur bon terus bertanya-tanya mengenai keadaan ekonomi buat jangka panjang disebalik dasar pengetatan oleh Federal Reserve (Fed).

Penganalisisi JP Morgan Global Markets Strategy menyatakan peningkatan pada ekuiti akan berterusan dalam jangka sederhana ekoran gambaran pertumbuhan yang kukuh, bar rendah untuk pendapatan suku pertama dan pengecilan sebaran kredit.

Tambahnya lagi, prestasi saham tidak seperti yang diharapkan walaupun Fed melaksanakan dasar pengetatan yang sepatutnya beri impak yang positif.

Indeks purata Dow Jones Industrial turun 0.19%, S&P 500 jatuh 0.63% dan Nasdaq Composite susut 1.2%.

STOXX 600 Eropah hilang 0.4% sementara indeks saham MSCI dunia yang menjejaki sejumlah 50 saham negara lain layu 0.32%.

Dalam pada itu, saham Asia memasuki rali semalaman apabila Ukraine memilih untuk menjadi neutral, seterusnya memberi isyarat kemajuan dalam dialog keamanan.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun lonjak 1.36% ke paras tertinggi sebulan dengan kebanyakan saham di pasaran Asia berada dalam kawasan positif.

Selain itu, sebahagian besar keluk hasil AS menyongsang memberikan petanda kemelesetan walaupun ia telah berbalik.

Keluk hasil yang dikesan secara meluas menunjukkan perbezaan antara hasil perbendaharaan AS 2 tahun dan 10 tahun melantun semula pada 4 mata asas.

Hasil jangka panjang jatuh lebih rendah, menandakan kekurangan kepercayaan dalam pertumbuhan masa depan.

Menurut Sebastien Galy, ahli strategi makro kanan di Nordea Asset Management, pendapatan tetap dan pasaran ekuiti berpecah arah, di mana pasaran saham optimistik manakala pasaran pendapatan tetap pesimis.

Penanda aras hasil 10 tahun AS turun 2.3415% dari paras tertinggi pada Isnin apabila pelabur bersiap sedia dengan kenaikan kadar faedah.

Sementara itu, kenaikan hasil AS mendorong hasil bon kerajaan Jepun lonjak, di mana inflasi nya di bawah sasaran dan bank pusat negara itu mahu hasil kekal rendah.

Bank of Japan (BOJ) melipat gandakan usaha mempertahankan had hasil utamanya dengan menawarkan peningkatan pembelian bon kerajaan merentasi keluk termasuk operasi pasaran kecemasan tidak berjadual.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat