UN Serba Salah Rusia Nak Beri Vaksin Percuma

693

United Nation (UN) kini berbelah bahagi sama ada untuk menerima atau tidak tawaran vaksin COVID-19, Sputnik-V secara percuma dari Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Dilaporkan tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada pengucapannya dalam Perhimpunan Agung UN sempena ulangtahun ke-75 pada Selasa lepas.

Persoalannya, adakah vaksin tersebut benar-benar berkesan?

Hasil kajian yang terlalu sedikit untuk membuktikan keberhasilan vaksin tersebut bagi kegunaan meluas telah menimbulkan keraguan dalam kalangan para saintis.

Jika berlaku kesan sampingan, bukankah menimbulkan lagi ‘kesesakan’ dunia yang sedia huru-hara dengan wabak koronavirus?

Putin menjelaskan Rusia bersedia membantu pihak UN dengan tawaran bekalan vaksin percuma kepada petugas organisasi, termasuk anak syarikat yang menjadi sukarelawan untuk vaksinasi tersebut.

Sehingga kini tawaran daripada presiden itu masih tidak disambut oleh staf UN dan agensi kesihatan UN, World Health Organization (WHO) telah menolak untuk memberi sebarang komen mengenai tawaran itu.

Menyentuh mengenai vaksin tersebut, kajian cuma dijalankan di atas 40 sukarelawan dan hasilnya menunjukkan tanda positif untuk tempoh tiga minggu. Manakala pemerhatian pula dijalankan selama 42 hari tanpa placebo atau kawalan vaksin.

Sedangkan demi memastikan vaksin benar-benar selamat digunakan tanpa sebarang kesan sampingan, kajian perlu dijalankan ke atas puluhan ribu orang.

Patutlah UN serba salah untuk terima Sputnik V!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat