Undang-Undang Baru Untuk Google, Facebook Bermula 2021

514

Bermula 2021, United Kingdom (UK) akan mengenakan undang-undang baharu terhadap Google dan Facebook, bertujuan untuk menyekat pendominasian firma dalam pasaran.

Peraturan tersebut membuka lebih peluang kepada pengguna untuk mengawal data mereka termasuk membantu perusahaan kecil untuk berkembang dan memastikan tiada persaingan ketat berlaku antara perniagaan baru dengan pesaing besar.

Menurut Competition and Markets Authority (CMA), pada 2019 kedua-dua firma itu telah menyumbang sekitar 80% daripada £14 bilion (RM 67.9 bilion) dalam pengiklanan atas talian.

Berdasarkan kod baharu, akan wujud tanggapan jelas bagi firma berkuasa, mewakili tingkah laku yang boleh diterima ketika berinteraksi dengan pesaing dan pengguna.

Malah, platform yang ditaja oleh pengiklanan digital menuntut untuk lebih telus mengenai perkhidmatan mereka dan bagaimana mereka mengunakan maklumat pengguna.

Kod tersebut akan dikuatkuasakan oleh unit baru, Digital Markets Unit di bawah CMA.

Mereka berhak untuk menyekat, tangguh atau membalikkan keputusan firma teknologi dan mengenakan penalti kewangan bagi kesalahan undang-undang.

Undang-undang baru tersebut mungkin turut memberi kesan kepada industri media yang telah kehilangan pendapatan pengiklanannya dari Facebook dan Google.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat