“Pemegang UNI mesti gembira kan harganya naik, tapi jangan sedih pula kalau tiba-tiba jatuh.”
Susulan memudahkan pertukaran token peer-to-peer, bursa decentralized (DEX) terkemuka dibina pada blockchain Ethereum (ETH) iaitu Uniswap (UNI) akhirnya berjaya menggunung 22% dalam beberapa minggu.
UNI telah menjadi platform pilihan untuk para pedagang dan penyedia kecairan kerana mempunyai model pembuat pasaran automatik (AMM)* yang unik.
*Sejenis pertukaran decentralized(DEX) yang menggunakan “money robots” algoritma untuk memudahkan peniaga individu membeli dan menjual aset kripto
Suka dimaklumkan bahawa harga UNI turut menyaksikan kenaikan setelah insentif pada rangkaian Optimisme (OP) menjana keuntungan melalui penglibatan kecairan dan sektor kewangan decentralized (DeFi).
UNI telah menunjukkan pertumbuhan luar biasa dalam tempoh tujuh hari lalu apabila sentimen pasaran yang dikelilingi aset digital tersebut adalah positif, oleh itu pelabur berpandangan harganya berpotensi untuk meneruskan kenaikan.
Menerusi pemerhatian, bekalan UNI di bursa pada awal bulan Jun mengalami penurunan ketara kemudian menyaksikan pergerakan mendatar dari pertengahan Jun dan seterusnya, tetapi tekanan jualan UNI mula berkurangan apabila jumlahnya yang dipindah ke bursa centralized (CEX) susut.
Sementara pengurangan dalam tekanan jualan mampu beri impak positif terhadap harga UNI susulan bekalan lebih rendah untuk dagangan dapat mewujudkan penawaran mahupun permintaan yang lebih menggalakkan.
Pada masa ini, pelabur dan pedagang berkemungkinan memegang UNI dalam jangka panjang susulan menjangkakan harganya bakal melonjak tinggi pada masa hadapan ataupun ingin ambil bahagian dalam mekanisme tadbir urus dan staking disediakan oleh aset digital itu.
Sehingga berita ini ditulis, harga UNI mencanak sebanyak 0.72% pada paras $5.40 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $3 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan sekitar 20.83% sepanjang minggu lepas.