Unjuran Permintaan Positif Angkat Semula Harga Minyak

295

Peningkatan kes coronavirus di seluruh dunia membataskan kenaikan harga minyak yang sebelum ini disokong oleh prospek yang lebih baik terhadap permintaan bahan bakar di Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit susut pada $70.50 setong, selepas melonjak 2.3% pada sesi sebelumnya.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan sekitar harga $68.12 setong setelah meraih keuntungan 2.7% pada sesi dagangan Selasa.

Terdahulu, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS meningkatkan unjurannya untuk permintaan bahan bakar pada tahun ini dan mengatakan penggunaan pada bulan Mei hingga Julai adalah lebih tinggi dari yang dijangkakan.

Sementara data dari Institut Petroleum Amerika (API) pula menunjukkan bekalan minyak mentah AS turun sebanyak 816,000 tong dan stok petrol jatuh 1.1 juta tong pada minggu lepas.

Bagaimanapun, pasaran minyak mentah turut dihimpit oleh kebimbangan terhadap kes coronavirus yang terus menunjukkan peningkatan sehingga menyebabkan lebih banyak sekatan dikenakan.

Negeri yang mempunyai penduduk paling ramai di Australia, New South Wales (NSW) memperluaskan lagi langkah sekatan di beberapa bandar ketika angka kes terbaru di negeri itu mencatatkan 356 kes pada Isnin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat