Bank Dunia baru-baru ini mengumumkan peningkatan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2024 dari 4.3% kepada 4.9%, memberikan harapan baru untuk ekonomi negara.
Menurut Apurva Sanghi, Ketua Ekonomi Bank Dunia Malaysia, peningkatan ini didorong oleh respons positif dalam permintaan domestik serta stabiliti politik yang semakin kukuh.
Sanghi menjelaskan bahawa pertumbuhan global dijangka stabil sekitar 2.6% pada tahun ini, dan Malaysia berada dalam posisi yang baik untuk melebarkan sayapnya di pelbagai pasaran dunia.
Beliau menegaskan bahawa dengan keyakinan pengguna yang semakin meningkat serta penguatan sektor-sektor seperti pembuatan dan perkhidmatan, Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk mengambil langkah baru.
Kenyataan beliau ini dirakam ketika sesi taklimat Malaysia Economic Monitor yang diadakan pada Selasa lalu.
Dalam pada masa yang sama, Bank dunia juga meramalkan potensi Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2028, mungkin dapat dicapai lebih awal sekiranya prestasi ringgit kekal stabil.
Dengan pasaran antarabangsa berhadapan dengan ketegangan geopolitik dan inflasi yang tinggi, perhatian kini tertumpu kepada Malaysia untuk melihat sama ada negara ini mampu mengharungi cabaran dengan mengekalkan momentum ini dan mengukuhkan kedudukannya di pasaran global.
Perkembangan ini memberikan harapan bagi pemulihan ekonomi negara dan menjanjikan masa depan yang lebih cerah bagi rakyat Malaysia!