“Untung Berpuluh Ribu Sehari Dalam Saham Tapi Tidak Dikenakan Cukai” – Syed Saddiq

11,184

Susulan bekas Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak a.k.a ‘Bossku’ mengulas mengenai cadangan agar kerajaan membuka ruang kepada platfom kripto antarabangsa ke dalam negara di persidangan Dewan Rakyat semalam, telah mencetuskan pelbagai reaksi oleh masyarakat.

Hari ini pula hangat di media sosial Twitter di mana video ulasan daripada YB Muar & pembangkang politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat yang menyatakan agar pelabur saham yang mencapai untung lumayan perlu dikenakan cukai.

Sejurus itu Syed Saddiq telah mengemukakan supaya kerajaan mewujudkan sistem pencukaian yang adil kepada pelabur-pelabur saham.

Menurut dakwaan beliau, sebahagian perniagaan yang untung sekitar RM3,000 sehingga RM4,000 dikenakan cukai tetapi pelabur saham yang untung berpuluh ribu sehari langsung tidak dikenakan cukai.

Salah seorang pengguna Twitter yang bernama @stockguy01 yang mempunyai pengikut sebanyak 11.5k telah mengkritik dan menyangkal kenyataan yang dinyatakan oleh Syed Saddiq.

Pengguna Twitter itu juga menjelaskan bahawa Syed Saddiq tidak tahu mengenai keuntungan pelabur saham yang sebenar sedangkan majoriti pelabur saham Bursa kebanyakannya sedang dalam kerugian.

Dek kerana kenyataan yang dilontarkan oleh beliau itu telah mengundang pelbagai reaksi kepada pelabur saham yang menggunakan Twitter.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat