Update Pilihanraya Presiden US: Pelabur Semakin Yakin Kemenangan Hillary Clinton

50

Para pelabur secara tiba-tiba menjadi yakin kemenangan akan berpihak kepada Hillary Clinton dalam pilihanraya presiden US menewakan Donald Trump.Hal ini dapat dilihat pada pembukaan pasaran sesi Asia pada Isnin. Pasaran pada mulanya menganggap Trump mendahului persaingan dalam pilihanraya presiden US pada minggu lepas.

Indeks saham di US dan matawang dollar yang jatuh sebelum ini melonjak disebabkan Pengarah FBI James Comey memberitahu Kongres tentang pembukaan semula kes e-mel Hillary Clinton, bahawa ia tidak mengubah keputusan yang telah dibuat pada Julai lepas. Ini bermakna Clinton terlepas dari sebarang dakwaan ke atasnya. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh wakil Republikan.

Para pelabur lebih suka jika kemenangan berpihak kepada Clinton kerana polisi yang dibawa oleh beliau memberi keyakinan bahawa tidak banyak perubahan kepada polisi sedia ada. Harus diingat polisi kerajaan yang berubah memberi kesan ketakpastian dalam pasaran dan mungkin akan memberikan risiko kepada pelaburan.

Pada jumaat lepas VIX ditutup pada nilai 22.51 nilai tertinggi sejak Brexit. Kita dapat lihat dalam rajah di bawah VIX telah meningkat selama sembilan hari berturut-turut. Ini menunjukkan kerisauan pelabur yang semakin meningkat kepada risiko-risiko pasaran yang sukar dijangka pada tempoh ini.

Namun keyakinan semakin meningkat sejak pembukaan pasaran Asia semalam dan kita dapat lihat nilai VIX telah jatuh ke paras 18.71 pada penutupan hari Isnin.

land-51
Sumber: Trading View

Volatility index (VIX) adalah indeks yang mengukur tahap kerisauan pelabur dalam pasaran. VIX ini adalah jangkaan kepada masa hadapan dalam mengira risiko pasaran. VIX juga sering dipanggil sebagai “indeks ketakutan kepada risiko”.

Setakat ini kita melihat keyakinan pelabur semakin pulih atas pengumuman Pengarah FBI James Comey.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat