US Dolar Ada Peluang Untuk Bangkit Semula Dalam Masa Terdekat?

591

US dolar Amerika Syarikat masih bermain pada paras terendah 3 minggu pada hari Selasa kerana para trader berpandangan terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat (A.S) akan semakin merosot.

Sentimen pengguna Amerika jatuh tanpa dijangka pada awal Februari di tengah peningkatan pesimis terhadap ekonomi dalam kalangan isi rumah yang memiliki pendapatan tahunan di bawah $ 75,000. Tinjauan berasingan oleh Reuters mendapati pertumbuhan pekerjaan lebih lambat dalam beberapa bulan mendatang.

Akibatnya, indeks kejutan ekonomi Citigroup untuk Amerika Syarikat jatuh ke tahap terendah sejak awal Januari dan berada di bawah paras terendah selama lapan bulan. Ini membawa indikasi bahwa harapan untuk pemulihan ekonomi di A.S akan terbatas.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.09% kepada paras tukaran 90.370 setakat jam 11.15 p.m.

Kelemahan US dolar juga didorong oleh kejatuhan hasil perbendaharaan A.S yang sebelumnya mendorong pengukuhan US dolar. Disisi lain, matawang sterling terus mengukuh ke tahap tertinggi April 2018 pada paras pertukaran $1.3946. Euro kukuh kepada 0.3% kepada $ 1.2166 bagi menguji semula rintangan baru pada tahap itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat