US Dolar Bertenang, Jangka Disangka Tiada Kejutan Mendatang

291

US dolar berhasil mengurangkan beberapa kerugian yang dicatatkan selepas menyaksikan data mengecewakan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat.

Melangkah masuk ke sesi Eropah, raja mata wang itu didagangkan tidak jauh dari paras tertinggi hampir 20 tahun dengan indeks dolar stabil pada 108.68 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Bacaan yang menyuramkan dalam aktiviti ekonomi AS telah menimbulkan ketidakpastian mengenai penetapan dasar oleh Federal Reserve (Fed) yang mungkin perlu mula memperlahankan pengetatan agresif.

Walaupun begitu, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenainya memandangkan lebih banyak lagi data ekonomi perlu dilihat dan dititikberatkan oleh Fed, misalnya data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS yang akan dikeluarkan pada Khamis.

Namun, pelabur mungkin boleh mendapatkan petunjuk baharu daripada Pengerusi Jerome Powell yang akan berucap pada simposium ekonomi Jackson Hole pada akhir minggu ini.

Mengikuti perkembangan mata wang utama, euro terus terperosok di paras terendah 20 tahun berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap kemelesetan setelah diperlihatkan dengan kemerosotan dalam data PMI Zon Eropah.

Dagangan pound juga kekal didagangkan rendah setelah data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK menunjukkan bacaan bercampur-campur pada bulan Ogos.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat