US Dolar Cuba Meneruskan Pemulihan Sejak Khamis Lalu

519

US dolar membuat kenaikan semula pada Isnin selepas merekod kejatuhan yang besar pada minggu lalu. US dolar dilihat masih akan merekodkan kerugian pada bulan ini walaupun terdapat pengukuhan oleh US dolar pada Isnin.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback merekodkan kenaikan 0.45% setakat pukul 10.51 malam. Ia cuba meneruskan pemulihan sejak Khamis lalu. Untuk bulan ini sahaja, indeks US dolar telah mencatat kejatuhan sebanyak 2.8%.

Minggu ini ada banyak data yang berisiko dari Amerika Syarikat termasuk data pekerjaan NFP dan penetapan polisi monetari FOMC. Dua event ini akan menjadi tumpuan utama pasaran dan ia dijangka menggerakkan pasaran khususnya US dolar lebih banyak pada Khamis dan Jumaat.

Data tumpuan hari ini telah dikeluarkan pada pukul 9.30 malam tadi iaitu data perbelanjaan penggunaan peribadi (personal consumption expenditure, PCE) yang mencatat bacaan agak memberangsangkan.

EUR/USD setakat ini telah susut 0.60% setakat pukul 11 malam dengan US dolar meneruskan pemulihan, ditamabah pula dengan data PCE yang positif.

Dolar Kanada kini agak lemah dengan eksport utamanya minyak mentah ke Amerika Syarikat membuat penurunan sejak pembukaan pasaran Asia hari ini. Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) jatuh dari $66.34 setong ke paras terendah hari ini di $65.14 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat