US Dolar Didagangkan Lemah – Ini Yang Terjadi Pada Matawang Utama Lain!

634

Dolar Amerika diniagakan lemah berikutan keyakinan yang semakin meningkat terhadap perjanjian perdagangan AS dan China telah mendorong pelabur untuk mengambil risiko sekali gus mengurangkan permintaan terhadap matawang itu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama susut 0.13% pada awal dagangan sesi Asia sementara dolar USD terus mencatat kemerosotan berbanding matawang safe-haven yen.

Pada hujung minggu, South China Morning Post (SCMP) menyampaikan kesediaan China untuk mematuhi terma yang terkandung dalam perjanjian fasa 1 dan sebagai balasan, Amerika Syarikat juga perlu menghormati untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu termasuk isu Taiwan, Hong Kong, Xinjiang dan sebagainya.

Ketegangan geopolitik di Timur Tengah turut mendapat perhatian dengan serangan pertahanan tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Syria. Pentagon AS memberitahu bahawa tindakan itu adalah sebagai tindak balas kepada pembunuhan kontraktor awam AS di pangkalan tentera Iraq.

Sementara itu mengikuti perkembangan pasaran Eropah, matawang pound sterling dan dolar euro terus mempamerkan peningkatan sejak dagangan hujung minggu lepas berbanding US dolar dengan disokong oleh permintaan USD yang lemah.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Lyen menyatakan keraguannya mengenai perjanjian antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK mungkin tidak dapat dicapai sebelum akhir tahun 2020. Beliau berkata EU mungkin perlu melanjutkan tarikh akhir tempoh peralihan Brexit untuk berbincang mengenai hubungan perdagangan baru dengan Britain.

Dagangan dolar Aussie dan kiwi kekal didagangkan tinggi, dipacu oleh harga komoditi yang lebih tinggi dan optimisme terhadap Amerika Syarikat dan China akan menandatangani perjanjian perdagangan tidak lama lagi.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada data PMI pembuatan China yang bakal diterbitkan pada pagi Selasa untuk mendapatkan petunjuk baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat