US Dolar Didagangkan Mendatar – Para Pedagang Tumpu Pada Perkembangan Brexit!

358

Pasaran matawang tidak banyak menunjukkan pergerakan pada hari Rabu berikutan ketidakpastian dalam isu Brexit yang menyebabkan dagangan matawang sedikit suram.

Parlimen British mengundi untuk meluluskan perjanjian pengeluaran tetapi menolak jadual yang dicadangkan untuk meneliti undang-undang perjanjian dalam masa tiga hari. Hal ini telah menyebabkan Johsnon mengancam untuk mengadakan pilihan raya sebelum Hari Natal pada bulan Disember.

PM Johnson telah menegaskan pendiriannya untuk UK berundur daripada Kesatuan Eropah (EU) mengikut tarikh akhir pada 31 Oktober ini. Jurucakap PM Johnson turut mengatakan bahawa pada langkah seterusnya, Johnson akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin EU dan meminta mereka untuk tidak melanjutkan tarikh tersebut.

Setakat ini EU belum menawarkan apa-apa penangguhan kepada UK mengenai isu Brexit. Namun para pegawai Eropah mengatakan senario yang paling mungkin terjadi ialah blok EU akan memberikan penangguhan selam tiga bulan dan dalam masa yang membenarkan UK untuk berundur daripada EU lebih cepat jika undang-undang membenarkan.

Matawang GBP sedikit kukuh sebanyak 0.12% berbanding US dolar kepada paras 1.2888. Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan kukuh sebanyak 0.05% ke paras 97.308 setakat jam 12.00 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat