US Dolar Gagal Untuk Pulih, Kecundang Semula!

486

Selepas US dolar paparkan pengukuhan susulan reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Selasa lalu, raja mata wang itu kembali bergerak lemah pada dagangan Rabu semalam.

Momentum pengukuhan gagal dikekalkan selepas US dolar kembali alami tekanan penjualan dalam pasaran.

Tumpuan akan terarah pula kepada data inflasi pengeluar (PPI) AS yang akan diterbitkan hari ini (Khamis) di sesi New York.

Turut akan diterbitkan bersama adalah bacaan data jualan runcit AS dan juga tuntutan faedah pengangguran yang akan turut mempengaruhi pergerakan US dolar.

Mata wang utama lain kembali ‘bernafas’ semula selepas tekanan pengukuhan US dolar sebelum ini berkurang.

Namun pelabur akan kekal berhati-hati sambil terus mengintai petunjuk baru berkenaan penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Mesyuarat FOMC kedua untuk tahun ini akan berlangsung pada minggu hadapan, namun jangkaan pasaran adalah tiada perubahan pada dasar sedia ada.

Jangkaan untuk langkap penurunan kadar faedah oleh Fed berkemungkinan bermula pada Jun 2024 berikutan Pengerusi Fed Jerome Powell juga telah memaklumkan pelonggaran dasar akan berlaku pada tahun ini.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah bagi kedua-dua penanda aras WTI dan Brent kembali paparkan lonjakan semula semalam.

Sementara dagangan emas pula sedikit pulih semula dari kejatuhan harga pada Selasa lalu yang memberi amaran awal kepada pelabur untuk petanda perubahan trend tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat