US Dolar Kembali Bangkit! Apakah Kesan Data Inflasi Yang Perlahan Telah Pudar?

483

US dolar mengukuh berbanding euro dan sterling pada hari ini selepas merosot ke paras terendah berbilang bulan, apabila jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan yang kurang agresif pudar dengan para pedagang berkata pasaran bertindak balas berlebihan terhadap kelemahan sederhana terhadap inflasi AS.

Pada minggu lalu, indeks US dolar susut 4%, menandakan minggu terburuknya dalam tempoh lebih dua setengah tahun, selepas data menunjukkan harga pengguna A.S. meningkat kurang daripada jangkaan pada bulan Oktober. Dengan ini, peningkatan jangkaan bahawa the Fed akan mengurangkan kenaikan kadar faedah yang besar semakin tinggi.

Waima begitu, Gabenor Christopher Waller menyatakan pada hari Ahad bahawa inflasi adalah “hanyalah satu data” dan bacaan lain yang serupa akan diperlukan untuk menunjukkan dengan meyakinkan bahawa inflasi semakin perlahan.

Waller menambah, bagaimanapun, bahawa Fed kini boleh mula berfikir tentang melaksanakan kenaikan kadar yang lebih perlahan. Mata wang Euro susut 0.6% berbanding dolar kepada paras daganga $1.0284, selepas mengukuh kepada paras tertinggi tiga bulan semasa waktu dagangan Asia.

Ahli lembaga ECB Fabio Panetta berkata pada hari Isnin bahawa bank pusat mesti terus menaikkan kadar tetapi perlu mengelak daripada terlalu agresif kerana ia boleh memusnahkan kapasiti produktif dan menjerumuskan ke dalam kemelesetan ekonomi.

Dari segi data, angka menunjukkan pada hari Isnin bahawa pengeluaran perindustrian zon euro meningkat lebih banyak daripada jangkaan pada bulan September, dan pengeluaran untuk Ogos juga disemak meningkat,walaupun ahli ekonomi berkata itu mungkin sebahagiannya disebabkan oleh pengeluar memuatkan pengeluaran sebelum gangguan berkaitan tenaga pada musim sejuk ini.

Mata wang sterling susut mendahului kenyataan musim luruh Canselor Britain pada Khamis, di mana beliau dijangka menetapkan kenaikan cukai dan pemotongan perbelanjaan.

Mata wang kripto kekal di bawah tekanan daripada kegawatan yang berterusan selepas kejatuhan pertukaran kripto FTX. Token FTX bernilai hanya $1.3, turun 94% pada bulan November, manakala token Cronos Crypto.com telah berkurang 50% pada minggu lalu kepada $0.06.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat