US Dolar Kembali Lemah? Ini Yang Pelabur Perlu Tahu

1,268

US dolar catat penyusutan pada hari Isnin dengan susut di bawah paras tertinggi 15 bulan selepas pasaran mula menaakul data-data yang dikeluarkan terutama data pekerjaan. Pemain pasaran mula kembali menilai semula jangkaan kenaikan kadar dan toleransi bank pusat terhadap inflasi.

Pada minggu lalu, the Fed kembali menekankan pandangan bahawa inflasi yang tinggi ini hanyalah bersifat sementara. Walaubagaiamanapun, keputusan yang diambil oleh Bank of England (BoE) iaitu untuk mengekalkan kadar faedah telah mengejutkan pasaran. Di samping itu, pasaran juga mengambil indikasi melalui laporan Reserve Bank of Australia (RBA) juga berjanji untuk bersabar dengan polisi.

Indeks US dolar telah kehilangan 0.31% semasa penulisan berbanding matawang utama kepada paras dagangan 94.028. Menurut penganalisis pasaran, Neil Jones berpendapat bahawa pemain pasaran memilih untuk mengurangkan pelaburan US dolar kerana bank pusat berkemungkinan tidak akan mengorak langkah dalam waktu terdekat.

Jones berkata bahawa kenaikan kadar yang kurang pantas memberi manfaat kepada aset berisiko seperti saham, yang berkorelasi berlawanan dengan US dolar.

Buat masa ini, the Fed dan pasaran sendang memberi tumpuan pada inflasi CPI yang akan dikeluarkan pada hari Rabu.
Pakar ekonomi MUFG, Lee Hardman berpadangan pasaran buruh yang kurang baik akan mendorong the Fed untuk mempercepatkan kenaikan kadar faedah.

Disisi lain, matawang AUD menunjukkan peningkatan 0.1% kepada paras dagangan $0.7408. Matawang NZD pula kukuh 0.6% kepada paras $0.7163, selepas Perdana Menteri Jacinda Arden mengumumkan bahawa langkah penutupan ekonomi kemungkinan akan dihentikan secara berperingkat menjelang akhir bulan.

Akhir sekali, matawang pound Britain naik 0.4% kepada $1.3537, pulih daripada paras terendah lima minggu yang dicecah minggu lalu selepas mesyuarat Bank of England.

Pasaran kni memberi tumpuan pada langkah susulan yang bakal diambil oleh bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat