Menuju dagangan ke penghujung minggu, perubahan berlaku ke atas pergerakan mata wang US dolar yang kembali paparkan pengukuhan semula.
Data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam catat bacaan kurang baik dengan peningkatan pada jumlah tuntutan pada minggu lepas.
Penganalisis pasaran masih melihat risiko penyusutan US dolar yang bakal berterusan dengan petunjuk jelas dalam ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di awal minggu.
Dalam kenyataan beliau, bank pusat tidak perlu menunggu sehingga inflasi capai 2% untuk mulakan langkah pemotongan kadar faedah.
Kesan penyusutan US dolar berlaku dilihat agak lambat dan menuju penghujung minggu ini dilihat pulih semula.
Tumpuan pasaran semalam juga telah terarah kepada keputusan mesyuarat polisi monetari European Central Bank (ECB).
ECB membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.25% dan tidak memberi sebarang petunjuk berkenaan langkah bank pusat yang selanjutnya.
Menurut pandangan penganalisis pasaran, ECB berkemungkinan laksanakan pemotongan kadar faedah lebih awal berbanding Fed namun bukanlah pada kadar yang terpantas.
Euro menunjukkan reaksi yang negatif selepas mesyuarat tersebut yang mengalami penyusutan semula berbanding US dolar.
Rakan mata wangnya Pound juga menunjukkan prestasi yang suram apabila data pekerjaan UK yang diterbitkan di sesi Eropah semalam dilihat memberi tekanan.
Data jualan runcit UK pula akan jadi tumpuan pada sesi Eropah petang ini dengan tumpuan pasaran di sesi New York pula adalah kepada data jualan runcit Kanada.
Pasaran dinilai berisiko di penghujung minggu dengan pelabur berkemungkinan berdepan dengan situasi pasaran yang tidak menentu.