US Dolar Kembali Pulih Selepas Data Tinjauan ISM Diterbitkan

217

Selepas permulaan yang suram pada pembukaan dagangan sesi di awal minggu semalam, US dolar berjaya pamerkan pemulihan semula di sesi New York.

Pemulihan berlaku selepas pada mulanya US dolar melemah seketika ekoran data terbaru yang diterbitkan dengan bacaan kurang memberangsangkan.

Tinjauan ISM bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan penurunan angka pada bacaan Jun yang meleset dari ramalan.

Pengukuhan US dolar ketika ini dilihat disokong oleh lonjakan pada hasil perbendaharaan 10-tahun AS yang mencapai paras 4.49%.

Namun penganalisis memberi amaran berkenaan risiko kejatuhan US dolar semula berikutan data-data terbaru menunjukkan tekanan terhadap ekonomi AS semasa.

Tumpuan akan terarah kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada hari ini (Selasa) yang akan menghadiri acara forum anjuran ECB.

Di sesi New York malam ini juga, pelabur akan menilai data pekerjaan JOLTS yang bakal diterbitkan untuk mengukur jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka di AS pada Mei.

Agak membimbangkan apabila angka ramalan pasaran adalah berkurangan ke paras paling rendah sejak 2021.

Beberapa lagi komponen data pekerjaan seperti ADP dan NFP akan dinantikan di penghujung minggu yang akan menjadi petunjuk penting buat Fed menilai kesihatan semasa sektor buruh di negara tersebut.

Jika kesemuanya merosot, besar kemungkinan Fed akan bersedia untuk beralih kepada pelonggaran dasar dan memberi fokus terhadap langkah pemotongan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat