Corak pergerakan bullish diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD sehingga Selasa semalam menyaksikan prestasi Pound kekal baik berbanding US dolar.
Momentum kenaikan sederhana itu berjaya dikekalkan berikutan pasaran kekal memberi tumpuan terhadap jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada September ini.
US dolar meneruskan penyusutan sejak pembukaan awal minggu sehingga semalam namun menuju ke penghujung minggu, pelabur akan berhati-hati menjelang acara simposium Jackson Hole yang akan berlangsung di Wyoming, Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, pelabur turut menantikan terbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang turut dijangka akan pengaruhi mood pasaran.
Pada carta GBP/USD, harga telah membuat kenaikan melepasi paras rintangan 1.30000 semalam sehingga mencapai paras sekitar 1.30500.
Ini merupakan paras tertinggi terbaru harga berjaya catatkan dalam tempoh 13 bulan selepas berjaya mengatasi paras ‘pucuk’ Julai lalu.
Pergerakan harga kekal di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang memberi isyarat untuk kenaikan diteruskan lagi dengan sasaran beralih kepada 1.31000.
Namun akan menjadi isyarat perubahan trend sekiranya harga mula bergerak turun di bawah paras 1.30000 dan turut menembusi garisan sokongan MA50.
Penurunan rendah harga seterusnya bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.29000 dan seterusnya 1.28000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG