US Dolar Kukuh Di Atas 100, Ini Perkara Penting Perlu Diketahui ‘Trader’ Dalam Pasaran!

505

US dolar melonjak ke paras tertinggi hampir 20 tahun berbanding matawang yen berikutan pengetatan agresif daripada Rizab Persekutuan. US dolar telah melonjak setinggi 126.32 yen iaitu paras paling kukuh sejak Jun 2002 dengan kenaikan 0.3%.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama telah mengukuh ke paras dagangan 100.52 iaitu paras tertinggi sejak Mei 2020. Setakat ini US dolar telah berjaya memperoleh hampir 3% dan berada pada landasan untuk kenaikan seterusnya.

Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda pada hari Rabu menyatakan bahawa kenaikan inflasi baru-baru ini didorong oleh kos import yang lebih tinggi dan ianya boleh menjejaskan ekonomi, menekankan keazaman bank pusat untuk mengekalkan dasar monetari yang sangat longgar.

Pada hari ini juga, data indeks harga pengeluar A.S pada bulan Mac melonjak keparas tertinggi 11.2% sejak November 2010. Ini mengukuhkan jangkaan pasaran bahawa the Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan pada mesyuarat dasar bulan depan.

Menurut Juan Perez, pengarah perdagangan, di Monex USA di Washington, terdapat tanda-tanda inflasi yang mencukupi bahawa the Fed akan terus mengekalkan nada hawkish. Ini akan mendorong kepada pengukuhan US dolar. Disisi lain gabenor Rizab Persekutuan Lael Brainard menyatakan bahawa bank pusat masih meneruskan beberapa siri kenaikan kadar faedah walaupun terdapat beberapa tanda penurunan harga.

Disisi yang berbeza, matawang Euro susut ke paras dagangan $1.0809, paras terendah berbanding US dolar dalam tempoh lebih sebulan. Pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat penetapan dasar Bank Pusat Eropah pada Khamis.

Walaupun pasaran tidak menjangkakan sebarang perubahan kadar faedah, pemain pasaran akan mendapat lebih banyak indikasi dari Presiden ECB Christine Lagarde mengenai tindakan susulan ECB.

Akhir sekali euro berkemungkinan akan kekal terjejas oleh konflik berterusan Rusia-Ukraine. Perang itu, kini dalam bulan kedua, telah meningkatkan kos petrol dan telah membawa kepada lonjakan harga makanan di peringkat global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat