US Dolar Kukuh Didorong Oleh Lonjakan Jualan Runcit AS Melampaui Jangkaan

371

Dagangan US dolar kukuh berbanding matawang utama lain selepas menyaksikan penerbitan data jualan runcit AS yang jauh melebihi jangkaan pada bulan Mei dengan bacaan yang memberangsangkan.

Jualan runcit AS dilaporkan melonjak 17.7% pada bulan Mei, pulih daripada kejatuhan sebanyak 14.7% pada April dengan kenaikan yang ketara dan juga jauh lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat 7.9%.

US dolar kembali bangkit selepas dilemahkan oleh pengumuman pembelian bon korporat Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang juga turut menyatakan pembelian tersebut mungkin tidak dilakukan secara agresif dan lebih kepada rancangan luar jangka.

Sementara matawang sensitif risiko pula digoyahkan oleh kebimbangan terhadap ketegangan diplomatik yang semakin meningkat di Asia dan risiko gelombang kedua pandemik coronavirus.

Dolar Aussie dan kiwi susut pada sesi Asia didorong oleh kebimbangan terhadap gelombang kedua wabak yang terus membelenggu pasaran.

Keputusan yang diambil China untuk mengenakan semula beberapa sekatan telah mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan langkah sama mungkin akan diambil oleh beberapa negara lain yang turut terjejas, sekali gus membantutkan pemulihan ekonomi global.

Bagaimanapun, optimisme terhadap penemuan kajian yang dilakukan di UK mengenai kemungkinan rawatan COVID-19 dengan menggunakan steroid biasa telah menyokong matawang utama daripada susut lebih jauh.

Ketegangan Korea Utara dan Korea Selatan meningkat setelah Pyongyang dilaporkan meletupkan pejabat penghubung bersama yang ditubuhkan di sebuah bandar sempadan pada 2018 untuk menjalin hubungan baik dengan Seoul, sementara 20 tentera India pula terbunuh dalam pertempuran dengan tentera China di sempadan barat Himalaya.

Selain itu, euro menokok sedikit selepas susut dari paras ketinggian 3 bulan yang dicapai minggu lalu, sementara pound didagangkan merosot ketika tumpuan pasaran beralih kepada data inflasi UK yang akan diterbitkan petang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat