US Dolar Kukuh Semula, Bantutkan Kenaikan EUR/USD

526

Menilai prestasi semasa, mata wang US dolar dilihat berlegar di zon terendah sekitar 3 bulan selepas siutasi penyusutan berterusan setakat minggu lalu.

Namun, sebelum menutup dagangan minggu lalu, US dolar dilihat menunjukkan corak pengukuhan semula yang mungkin boleh bersambung pada minggu ini.

Pengukuhan US dolar pada sesi New York Jumaat lalu disokong oleh bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan aktiviti ekonomi kekalkan corak pertumbuhan yang positif sehingga Mei 2021.

Ekoran itu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menjadi tumpuan dengan reaksi pasaran menepati beberapa jangkaan penganalisis minggu lalu.

Harga dilihat masih gagal melepasi zon rintangan pada 1.22500 setelah diuji beberapa kali dengan penurunan harga pula disokong di atas paras 1.21500 pada zon RBS (resistance become support).

Pergerakan harga pada minggu lalu dilihat berada dalam situasi mendatar pada trend bullish. Zon RBS 1.21800-1.21500 menyokong harga daripada jatuh lebih rendah dengan jangkaan harga akan meneruskan kenaikan semula pada minggu terbaru.

Kenaikan harga berkemungkinan akan mengatasi rintangan 1.22500 sebelum menuju paras sasaran 1.23000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 bulan.

Sebaliknya, jika harga susut di bawah zon RBS tersebut, pelabur akan mula bersedia untuk situasi perubahan trend harga pada carta EUR/USD.

Penurunan harga dilihat akan menuju zon RBS terdahulu pada sekitar 1.20900-1.20600 sebelum penurunan lebih rendah boleh mencecah ke zon support 1.20000.

Selain memantau perkembangan spekulasi Federal Reserve (Fed) terhadap penilaian perubahan dasar, pelabur juga perlu berjaga-jaga dengan data pertumbuhan GDP Jerman dan AS minggu ini yang akan mempengaruhi mata wang Euro dan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat