Sentimen pasaran yang berisiko yang didorong oleh isu perang Rusia-Ukraine telah membuatkan pelabur mula berhati-hati dengan sebarang perubahan pada pergerakan mata wang utama.
Seperti dijangka, US dolar pada Rabu semalam mula menunjukkan corak pengukuhannya selepas bergerak lemah sejak pembukaan dagangan awal minggu.
Walaupun pengukuhan yang dipamerkan tidak begitu ketara, namun penganalisis pasaran melihat potensi terhadap mata wang safe-haven itu berikutan sentimen pasaran risk-off.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD, corak penurunan dipaparkan sepanjang dagangan Rabu semalam.
Ketika pembukaan sesi Asia semalam, harga dilihat menguji paras rintangan 1.06000 namun seperti sesi-sesi sebelumnya, harga masih gagal untuk tembus lebih tinggi.
Penurunan dipaparkan bersambung ke sesi Eropah dan mencetuskan isyarat bagi pergerakan bearish harga apabila mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Penurunan terus dilanjutkan ke sesi New York menghampiri paras support 1.05000 yang telah dicecah pada minggu lalu.
Sekali lagi harga memberi reaksi dengan melantun dari zon tersebut untuk menutup dagangan penghujung sesi di sekitar 1.05400.
Kecenderungan adalah untuk harga menyambung corak penurunan tersebut, namun akan menguji lagi support pada 1.05000.
Selepas tembus lebih rendah, harga akan catatkan paras terendah terbaru lagi tahun ini dengan sasaran untuk menuju zon 1.04000.
Sebaliknya jika support 1.05000 tidak berjaya ditembusi malah harga melantun naik, rintangan pada 1.06000 akan menjadi tumpuan.
Bolos lebih tinggi dari paras tersebut akan menjadi isyarat bullish untuk harga teruskan kenaikan menuju sehingga sekitar 1.07000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG