US Dolar Lemah Semula, EUR/USD Naik Tembus $1.0800

197

Tiada perubahan ketara yang berlaku pada pasaran di pembukaan awal minggu semalam, namun US dolar dilihat kembali bergerak lemah semula.

Kebimbangan sedikit diredakan dengan berita pembelian Silicon Valley Bank (SVB) oleh First Citizens Bancshares.

Selain itu, Deutsche Bank di Jerman yang berdepan masalah lonjakan credit default swap (CDS) dilaporkan bahawa berlaku peningkatan semula sahamnya yang jatuh sebelum ini.

Susulan US dolar yang kembali suram di awal minggu, mata wang Euro mengambil peluang untuk meningkat walaupun pada tempo perlahan selain disokong oleh terbitan data tinjauan iklim perniagaan di Jerman yang positif.

Jika diteliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah berjaya memaparkan kenaikan semula di sesi New York semalam menuju paras 1.08000 selepas bergerak mendatar pada sesi-sesi sebelumnya.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga dilihat meneruskan kenaikan dan melepasi paras 1.08000 tersebut.

Pergerakan harga yang juga telah berada semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu telah memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish.

Sekiranya US dolar terus didagangkan lemah selepas ini, kenaikan dilihat akan menuju semula paras ketinggian dicapai minggu lalu melepasi zon penting 1.09000.

Seterusnya, sasaran akan kembali terarah semula pada ketinggian 1.1000 untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.

Sebaliknya, jika harga kembali menyambung corak penurunan yang telah dipaparkan pada penghujung minggu lalu, harga boleh susut semula di bawah paras 1.08000 dan kembali memberi petunjuk bearish.

Penurunan harga dilihat akan menuju semula ke zon 1.07000 seperti yang berlaku pada terjunan harga Jumaat lalu.

Menyambung penurunan lebih rendah, harga boleh mencecah hingga sekitar 1.06000 atau lebih rendah lagi pada zon support 1.05000.

Pelabur akan memberikan tumpuan pada terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini dan akan mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat