“Wow adakah harga BTC akan bersinar semula pada masa hadapan?”
Susulan persoalan tentang ancaman terhadap status dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang rizab global semakin meningkat, Presiden Rusia Vladimir Putin sekali lagi telah mengulangi perkara tersebut.
Memang tidak dinafikan dolar AS telah menjadi mata wang rizab dunia sejak sekian lama, tetapi penguasaannya pada masa ini terancam dengan BRICS yang berhasrat mengusahakan mata wang rizab global baharu untuk menentang dolar AS.
Terdahulu, Presiden Rusia Putin pernah berkata dolar AS sudah kehilangan peranan globalnya dan ia berkemungkinan tidak dapat dipulihkan.
Bekas Presiden AS Donald Trump pada minggu lalu yang memberi amaran mengenai ancaman terhadap kedudukan global dolar AS turut menegaskan bahawa langkah agresif BRICS untuk ke arah dedolarisasi boleh menjadi ancaman yang sangat besar.
Semasa menghadiri BRICS 2023 di Johannesburg melalui sidang video dari Moscow, Presiden Rusia itu yang memuji kejayaan kurangkan bahagian perdagangan negara anggota dolar AS kepada BRICS Group telah mendedahkan dolar AS dalam perdagangan antarabangsa merosot pada 28.7%.
Jadi di sini dapat dilihat penggunaan aset digital termasuk Mata wang Digital Bank Pusat (CBDC) akan terus meningkat dalam ruang perdagangan antarabangsa.
Rentetan itu, Rusia, India serta China berkemungkinan rancang untuk membawa masuk mata wang rizab global baharu dan ini membawa makna peranan mata wang kripto termasuk BTC akan semakin meningkat pada masa hadapan.
Walaupun pengawal selia AS tidak menyediakan peraturan kripto yang jelas susulan bimbang mengenai penyahdolarisasi, negara itu terus dapat pendedahan dengan aset digital apabila BlackRock dan Fidelity memfailkan kertas kerja untuk spot BTC ETF.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC masih mencatatkan penyusutan 0.04% pada paras $26,054 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $507 bilion seterusnya menjunam 10.72% sepanjang minggu lepas.