US Dolar Mengukuh Dengan Kadar Sederhana, Harga Minyak Naik – Sesi Asia

473

Pasaran Matawang

US dolar meneruskan pengukuhan walaupun dengan kadar yang sederhana berbanding matawang lain pada hari Khamis dalam sesi dagangan Asia.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.04% kepada 88.99 setakat jam 9.25 a.m.

US dolar mengukuh selepas Federal Reserve memberi indikasi yang positif terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Fed masih mengekalkan kadar faedah yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama, Fed menjangkakan kadar inflasi akan meningkat pada tahun ini, berikutan jangkaan terhadap peningkatan kos pinjaman.

Pelabur kini memberi tumpuan pada data non-farm payrolls yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini.

Pasaran Komoditi

Harga minyak meneruskan pengukuhan semalam pada hari Khamis berikutan usaha OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak.

Harga minyak WTI naik kepada $64.83 setong dan Brent naik kepada $68.97 setong setakat jam 09.25 a.m

Berdasarkan laporan data yang dikeluarkan semalam, inventori minyak mentah naik 6.8 juta tong pada minggu lepas selepas 10 minggu kejatuhan inventori.

Harga emas menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 0.16% kepada 1,345.40 dalam sesi dagangan Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat