US Dolar Menyusut Berbanding Matawang Lain, Harga Emas Terus Meningkat – Sesi Eropah

339

Matawang US dolar didagangkan pada paras terendah 4 bulan berbanding matawang utama.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain jatuh sebanyak 0.10% kepada 91.57 setakat jam 04.15 p.m.

Kejatuhan US dolar berikutan laporan Jabatan Buruh US yang melaporkan tuntutan pengangguran naik kepada 261,000 tuntutan pada minggu lepas berbanding jangkaan penganalisis yang menjangkakan kejatuhan kepada 246,000 tuntutan.

Laporan yang lain melaporkan indeks harga pengeluar jatuh sebanyak 0.1% pada bulan lepas.

EUR/USD naik 0.22% kepada 1.2059, manakala GBP/USD naik sedikit sebanyak 0.03% kepada 1.3542.

Pasaran Komoditi.

Kedua-dua harga minyak jatuh dalam sesi dagangan Eropah pada hari Jumaat.

Harga minyak WTI jatuh sebanyak 0.88% kepada $63.26 setong dan Brent jatuh kepada $68.96 setong setakat pukul 04.15 p.m.

Menurut penganalisis, kejatuhan ini berikutan pembetuan harga, namun menurut mereka keadaan pasaran masih lagi kukuh berikutan usaha pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan Rusia.

Harga emas mencatat peningkatan sebanyak 0.43% kepada $1,328.20 berikutan kelemahan matawang USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat