US Dolar Menyusut, Harga Minyak Mentah Membuat Lonjakan – Sesi Asia

406

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mengukuh berbanding yen pada awal sesi dagangan namun menyusut berbanding matawang euro pada hari Rabu berikutan lonjakan dalam pasaran ekuiti selepas jatuh menjunam.

USD/JPY menyusut sedikit sebanyak 0.06% kepada 109.47 setakat jam 10.15 a.m. AUD/USD mengukuh sebanyak 0.01% kepada 0.8870. Matawang Euro juga mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.11% kepada 1.2389.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.07% kepada 89.46 setakat jam 10.15 a.m.

Pada awalnya matawang US dolar mengukuh berbanding matawang lain berikutan kejatuhan pasaran ekuiti global pada awal minggu ni. Manakala US dolar menyusut berbanding yen, kerana pelabur beralih ke arah safe haven.

Pasaran Komoditi

Harga minyak dibuka tinggi dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu selepas laporan data yang dikeluarkan menunjukkan kejatuhan dalam pengeluaran minyak mentah.

Laporan American Petroleum Institute (API) menunjukkan pengeluaran minyak mentah US jatuh sebanyak 1.050 juta tong pada minggu lepas.

Harga minyak WTI naik kepada $64.06 setong dan Brent naik kepada $67.45 setong setakat jam 10.15 a.m.

Harga emas masih lagi mengukuh iaitu sebanyak 0.14% kepada 1,331.40 walaupun pasaran ekuiti telah membuat lonjakan kembali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat