US Dolar Menyusut, Harga Minyak Naik Berturut-turut, Harga Emas Melonjak Naik

55

Forex

Matawang US dolar mengalami penyusutan dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

AUD mencatat pengukuhan sebanyak 0.39% kepada 0.7666 berbanding US dolar. USD/JPY menunjukkan bacaan pada 112.59, mengukuh sebanyak 0.04% setakat jam10.15 a.m.

  • Pengukuhan AUD didorong oleh peningkatan perubahan pekerjaan pada bulan November yang menunjukkan peningkatan sebanyak 61,600 berbanding sasaran yang mensasarkan 19,200 peningkatan.
  • Kadar pengangguran Australia pula pada 5.4%.
  • Selain itu, berdasarkan laporan yang di keluarkan oleh China, laporan pengeluaran industri pada bulan November menunjukkan peningkatan sebanyak 6.2% diikuti dengan peningkatan jualan runcit dan pelaburan aset tetap yang mencatat peningkatan 10.2% dan 7.2% masing masing.

Matawang NZD mencatat penyusutan sebanyak 0.14% kepada 0.7014setakat jam10.15 a.m.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.05% kepada 93.35 dalam sesi dagangan Asia pada Khamissetakat jam10.15 a.m.

  • The Fed telah meluluskan kenaikan kadar faedah seperti yang dijangka oleh pasaran.

Minyak

Harga minyak naik 3 hari berturut-turut pada hari Khamis.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.30% kepada $56.77 setakat jam10.15 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.13% kepada $62.78 setong setakat jam10.15 a.m.

  • Peningkatan harga ini didorong oleh kejatuhan inventori minyak mentah US.
  • Inventori US minyak mentah jatuh 5.1 juta tong bagi minggu yang berakhir 8 Disember. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan 4x berturut-turut.

Emas

Harga emas meningkat dalam sesi dagangan Asia berikutan penyusutan US dolar yang disebabkan oleh peningkatan ujuran inflasi. Hal ini membantutkan jangkaan pelabur mengenai kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kenaikan sebanyak 0.87% pada Khamis kepada $1,259.50 setakat jam10.15 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat