US Dolar Mula Mengorak Langkah Selepas Kerugian Pada Isnin

502

US dollar terpantul dari paras terendah selepas membuat penurunan ke paras terendah lima minggu lalu. Dengan kelemahan matawang Euro dan GBP pada Selasa, ia dilihat banyak membantu kenaikan indeks US dollar sejak pukul 3 petang tadi.

Jika dilihat kepada indeks US dollar ketika ini, ia membuat kenaikan sehingga 0.33% setakat pada pukul 6.20 petang. Sudah pasti indeks ini membuat kenaikan dengan kejatuhan dua matawang yang dikira sebagai pemberat dalam indeks US dollar iaitu Euro dan GBP. Euro khususnya mewakili hampir 70% daripada pemberat dalam indeks ini, bermakna pergerakan pair EUR/USD banyak memberi kesan kepada indeks tersebut.

Sebagai retail trader, penting adalah kita perlu selalu mengetahui sentimen semasa pasaran forex.

Jadi, apakah sentimen pasaran ketika ini?

Seperti yang telah banyak diulas dalam artikel-artikel sebelum ini, sememangnya ketegangan PERANG PERDAGANGAN antara A.S. – CHINA telah semakin reda. Sebab itu kita melihat kelemahan kepada matawang Yen sejak daripada hari Isnin lagi.

USD/JPY ketika ini naik sehingga 0.24% di mana Yen juga melemah berbanding Euro, CAD dan CHF.

Selain daripada sentimen PERANG PERDAGANGAN, Yen sejak beberapa minggu ini juga banyak dipengaruhi oleh skandal penjualan tanah di Jepun yang melibatkan PM Jepun Shinzo Abe.

Terbaru, dalam perkembangan terkini skandal penjualan tanah menunjukkan Yen tidak banyak terkesan oleh bekas menteri yang memberi keterangan di parlimen pada Selasa. Beliau berkata Abe, isterinya dan menteri kewangan Taro Aso tidak pernah memberikan arahan untuk mengubah dokumen tentang penjualan tanah.

Pair EUR/USD ketika ini mengalami kerugian selepas memulakan dagangan hari ini dengan membuat kenaikan. EUR/USD susut sebanyak 0.22% setakat pada pukul 6.28 petang.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat