US Dolar ‘Panas Enjin’, GBP/USD Junam Hampir 100 Pips

372

Corak pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah mula beri isyarat awal untuk perubahan trend selepas berjaya mengekalkan kenaikan harga sepanjang minggu lalu.

Pembukaan dagangan tahun 2022 menyaksikan US dolar telah mula menunjukkan pengukuhannya memberi tekanan awal terhadap kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Pound.

Penganalisis ingin melihat antara mata wang Pound dan US dolar, yang manakah akan lebih mendominasi selepas ini.

Ini adalah berikutan kedua-dua bank pusat Bank of England (BOE) dan Federal Reserve (Fed) masing-masing memberikan isyarat hawkish ke arah pengetatan dasar pada mesyuarat terbaru.

Namun pada pembukaan awal 2022 ini menyaksikan US dolar terlebih dahulu memberi amaran awal untuk memulakan pengukuhannya. Data PMI pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM akan jadi tumpuan pada sesi New York malam ini pula.

Harga pada carta GBP/USD telah menyaksikan kenaikan yang gagal diteruskan pada awal minggu telah menjunam sehingga ke paras 1.34300 selepas paras sokongan pada 1.35000 gagal untuk membendung kejatuhan harga.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga telah memberi isyarat untuk permulaan trend bearish.

Penurunan lebih rendah harga dijangkakan untuk menuju paras 1.34000 sebelum penurunan yang diteruskan bakal menguji zon RBS (resistance become support) 1.33600.

Jika harga kembali memberi petunjuk untuk menyambung trend bullish sebelum ini, paras 1.35000 akan menjadi rintangan awal yang perlu ditembusi harga.

Seterusnya harga akan menguji paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu sebelum menguji paras ketinggian terbaru pada zon 1.35700.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat