US Dolar Semakin Longlai, Ini Terjadi Dalam Pasaran Mata Wang!

1,187

Dolar Amerika Syarikat mencatatkan paras terendah tiga bulan berbanding sejumlah mata wang lain pada hari Selasa dengan para trader terus mengurangkan posisi belian US dolar menjelang data inflasi AS dan zon Eropah pada minggu ini.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang utama, didagangkan pada 102.875, lebih rendah di paras 103.07 yang dicatatkan dalam perdagangan Asia, iaitu terendah sejak 31 Ogos.

Indeks ini mengalami kerugian lebih daripada 3% pada November, yang turut merupakan prestasi terburuknya dalam setahun.

Euro dan sterling kekal stabil secara keseluruhan dengan nilai mata wang didagangkan pada $1.0974 dan pound pada $1.2656, kedua-duanya berada di sekitar paras tertinggi mereka dalam tiga bulan.

Jangkaan pasaran bahawa kitaran kenaikan kadar Fed akhirnya telah berakhir dan akhirnya juga memberikan tekanan ke bawah pada US dolar. Jangkaan hadapan kadar AS menunjukkan kira-kira 25% kebarangkalian bahawa Fed boleh mula mengurangkan kadar seawal Mac dan meningkat hingga kira-kira 50% menjelang Mei, berdasarkan alat CME FedWatch.

Trader kini mengawasi indeks harga penggunaan peribadi inti AS (PCE), pada minggu ini untuk dapatkan pengesahan yang lebih bahawa inflasi semakin perlahan.

Disisi lain, setelah menangguhkan mesyuarat dasarnya hingga hari Khamis ini, OPEC+ sedang mempertimbangkan untuk menambah lagi pengurangan pengeluaran minyak. Yen  menjadi sedikit lebih kukuh pada 148.45 berbanding  US dolar, meneruskan pemulihannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat