US Dolar Terus Mengukuh, Apakah Yang Menjadi Kekhuatiran Pasaran?

720

Matawang US dolar terus catat pengukuhan ke paras tertinggi sembilan bulan pada hari Khamis kerana kebimbangan mengenai jangkitan pandamik Covid-19 yang semakin berleluasa dan minit mesyuarat the Fed membawa indikasi bahawa para penggubal dasar sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan rangsangan pandemik pada tahun ini. Hal ini secara tidak langsung memberi impak terhadap saham global dan matawang komoditi.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama catat pengukuhan 0.29% kepada paras dagangan 93.418, iaitu paras tertinggi sejak awal November pada tahun lalu.

Penganalisis berpendapat bahawa pengukuhan US dolar didorong oleh penularan pandemik Delta.

Minit mesyuarat the Fed pada bulan Julai menunjukkan para penggubal dasar sebahagian besarnya berharap dapat mengurangkan pembelian bon bulanan pada akhir tahun ini. Walaubagaimanapun, isu-isu berbangkit kesan daripada langkah tersebut masih lagi dihadam oleh pemain pasaran termasuk isu inflasi, pengangguran atau penularan pandemi yang boleh menimbulkan risiko pemulihan ekonomi.

US dolar tidak memberi banyak reaksi susulan data tuntutan pengangguran mingguan yang menunjukkan jumlah orang memohon tuntutan menurun pada awal bulan Ogos.

Matawang Euro terus susut serendah $ 1.1665 berbanding US dolar sejak 4 November dan terakhir turun 0.1% pada $ 1.1699, sementara sterling susut 0.7% kepada $ 1.3679.

Penganalisis Commerzbank (DE: CBKG) Antje Praefcke, pasaran dijangka akan memberi tumpuan pada laporan the Fed bulan September bagi mendapatkan lebih banyak maklumat. Buat masa ini perkembangan data pademik dan ekonomi terus menjadi tumpuan utama.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat