US Dolar Tiba-Tiba ‘Lemau’! Apakah Yang Berlaku Dalam Pasaran Menjelang Mesyuarat FOMC?

830

Matawang US dolar mula kehilangan nilai berbanding US dolar dan matawang utama yang lain pada hari Selasa selepas harga minyak mula jatuh berikutan terdapat indikasi perkembangan kes Covid-19 di China sehingga membataskan pertumbuhan ekonomi. Dalam masa yang sama perbincangan berterusan untuk menghentikan konflik Rusia-Ukraine masih diteruskan.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama didagangkan susut hampir 0.2% kepada paras dagangan 98.873. Waima begitu US dolar telah mengukuh hampir 3% sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari.
Matawang euro dan pound British masing-masing meningkat kira-kira 0.5% berbanding US dolar namun susut 0.2% berbanding yen.

Pasaran niaga hadapan minyak mentah Brent merosot sebanyak 8% selepas kebimbangan mengenai bekalan berkurangan oleh rundingan gencatan sejata yang berterusan dan peningkatan kes COVID-19 di China membataskan pertumbuhan ekonomi, ditambah pula permintaan yang lebih rendah untuk minyak.

Harus dimaklumi bahawa ekonomi Eropah dan matawang Euro antara yang sensitif terhadap perkembangan konflik perang dan harga minyak buat masa ini. Menurut penganalisis matawang Commerzbank, penurunan harga minyak mencerminkan harapan bahawa perbincangan antara perunding Rusia dan Ukraine mungkin membawa kepada penyelesaian yang segera dan aman.

Pasaran kini sedang menantikan keputusan dan lebih banyak indikasi dari mesyuarat the Fed pada Khamis nanti mengenai dasar kadar faedah terutamanya. Pasaran ingin melihat sama ada Fed memberi petunjuk tentang berapa cepat ia akan menaikkan kadar semula

Menurut Matthew Ryan, penganalisis pasaran kanan di Ebury bahawa ” US dolar berada pada paras yang cukup tinggi. Kejutan dari the Fed akan mempengaruhi pertumbuhan US dolar”.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat