US Dollar melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh 2 minggu berbanding Yen pada Isnin sebagai tindak balas pasaran selepas pertemuan AS dan Jepun berakhir dengan lancar.
Pertemuan Donald Trump dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dikatakan melegakan pasaran apabila memulakan pertemuan dengan pelukan, berjabat tangan dan berlanjutan dengan permainan golf. Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan perdagangan, matawang dan keselamatan.
US Dollar Index yang melawan enam matawang utama kali terakhir dinilai pada 0.15 peratus kepada 100.930 berhampiran dengan puncak tertinggi dalam tempoh 2 minggu.
US Dollar meningkat sebanyak 0.65 peratus berbanding Yen.
Menurut Ketua Strategi Matawang di Mizuho Securities iaitu Masafumi Yamamoto, sidang kemuncak itu berakhir tanpa sebarang konfrontasi dan langsung tidak menyentuh isu-isu kewangan.
Pasaran memberikan tumpuan terhadap pertemuan itu kerana Trump sebelum ini telah melemparkan kritikan kepada Jepun kerana dikatakan sengaja menurunkan nilai matawang mereka untuk mengambil kesempatan terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun pertemuan ini menyokong pengukuhan US Dollar, jangkaan terhadap pelan cukai Trump yang dikatakan ‘luar biasa’ turut memberi kesan terhadap matawang gergasi itu.
Pematuhan Perjanjian OPEC Berlangsung Lebih Baik Dari Yang dicatat Pada 2009!