US Dollar Menguat Selepas Data Positif Pertumbuhan GDP A.S.

556

US dollar tidak banyak berubah selepas data yang ditunggu-tunggu pasaran minggu ini merekodkan bacaan memberangsangkan. Walaupun tidak banyak berubah, US dollar menambah lagi pengukuhannya walaupun telah mula menguat sejak sesi Asia pada Rabu.

Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar terpantas pada suku terakhir tahun lalu lebih daripada jangkaan pasaran. Ini adalah bacaan terakhir pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat bagi suku keempat tahun 2017. Data kali ini sangat penting kerana ia akan melengkapkan bacaan pertumbuhan sepanjang tahun lepas.

Petunjuk ekonomi pertumbuhan (GDP) penting bagi melihat prestasi ekonomi dan kesihatan ekonomi semenjak Donald Trump mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Obama.

Trump menjadi Presiden A.S. sejak awal tahun 2017 dan telah berusaha mengembangkan fiskal dengan menambah perbelanjaan Amerika Syarikat dan juga pemotongan cukai.

Keluaran dalam Negara Kasar (GDP) mencatat pertumbuhan 2.9% secara tahunan berbanding jangkaan 2.7%. Bacaan kali ini lebih tinggi daripada bacaan awal 2.5% yang dilaporkan sebelum ini disebabkan kajian semula lebih tinggi data ‘perbelanjaan pengguna’ iaitu komponen terpenting dalam ekonomi A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat