US Dollar Mula Bangkit Dari Kerugian Awal Gara-Gara Faktor Ini!

43

US Dollar didagang melonjak dalam sesi Asia pada Isnin disamping data yang agak mengecewakan dari New Zealand dan Australia.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat berbanding enam matawang utama yang lain sebanyak 0.08 peratus.

Di New Zealand, data imbangan perdagangan bagi bulan Januari dilaporkan defisit sebanyak NZ$ 3.470 Billion tahun ke tahun.

NZD/USD, 30 minit

Sementara itu di Jepun, data pengeluaran perindustrian merosot sebanyak 0.8 peratus berbanding dengan ramalan peningkatan sebanyak 0.3 peratus. Dalam masa yang sama, bacaan jualan runcit dicatat meningkat. Pair USD/JPY jatuh 0.10 peratus selepas data tersebut dikeluarkan disamping menanti ucapan Trump yang bakal diumumkan minggu ini.

USD/JPY, 30 minit

Di Australia, Kredit sektor swasta melonjak sebanyak 0.20 peratus. Ekonomi negara ini juga dicatat pada bacaan defisit sebanyak A$3.9 Billion. AUD/USD menurun sebanyak 0.01 peratus dalam sesi ini.

NZD/USD, 30 minit

Semalam, US Dollar mula memadamkan kerugian awal apabila jangkaan terhadap prospek kenaikan kadar pada bulan Mac semakin meningkat.

Kini, Fed Rate Monitor Tool menunjukkan bacaan sebanyak 33 peratus berbanding 26 peratus sebelumnya.

Pemulihan mendadak terhadap matawang itu juga berpunca daripada butiran lanjut yang dinantikan daripada Presiden Trump minggu ini.

Ini Yang Terjadi Kepada Logam Hitam Menjelang Pengumuman Data Mingguan Dari AS!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat