“Haih apa la nasib rakyatnya, disebabkan penipu semua tak boleh guna.”
Kementerian Luar Negeri Belarus baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan pindaan undang-undang yang melarang transaksi peer-to-peer (P2P) dalam mata wang kripto seperti Bitcoin (BTC).
Tindakan itu telah dilaksanakan sejurus selepas pendakwa tempatan menyekat aktiviti 27 warganegara yang menyediakan perkhidmatan bursa kripto secara haram sejak Januari 2023, di mana jumlah pendapatan haramnya berjumlah hampir $8.7 juta.
Diperjelaskan bahawa penipu telah mengeluarkan wang dan menukar dana dicuri kemudian memindahkan wang tersebut kepada penganjur mahupun peserta dalam skim jenayah.
Rentetan itu, kementerian yang ingin menghapuskan aktiviti haram itu telah melarang individu daripada P2P dan hanya membenarkan mereka menukar aset digital melalui bursa kripto berdaftar dengan Belarus Hi-Tech Park (HTP).
Sementara pihak berkuasa turut rancang melaksanakan prosedur untuk penukaran mata wang asing yang akan menyebabkan penipu teknologi maklumat beroperasi di Belarus tidak dapat memperoleh keuntungan.
Pun begitu, ramai peminat kripto mempersoalkan keupayaan kerajaan yang ingin mengharamkan perdagangan aset digital P2P dengan menyatakan semoga berjaya menguatkuasakannya, ulas seorang pemerhati kripto di akaun Twitter miliknya.
Menurut Samson Mow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jan3 berkata mengharamkan P2P bukanlah satu tugas mudah susulan ramai pengguna di China masih menggunakan P2P untuk tukar kripto walaupun negara itu melarang semua transaksi aset digital pada tahun 2021.
Memang tidak dinafikan berita terkini Belarus agak bertentangan dengan undang-undang diluluskannya dalam beberapa tahun lalu susulan Presiden Belarus Alexander Lukashenko pada 2022 menandatangani dekri untuk menyokong peredaran bebas kripto.