USD Bangkit Semula Menuju Pengakhiran Dagangan Minggu Ini

263

Setelah beberapa hari bergerak lemah, prestasi US dolar dilihat kembali pulih semula pada dagangan menuju ke penghujung minggu ini.

Sokongan diperoleh daripada data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam dengan bacaan yang baik.

Jumlah tuntutan untuk minggu lepas menurun 9,000 kepada 218,000 lebih rendah berbanding ramalan dan juga minggu sebelumnya.

Ini menunjukkan perkembangan sektor buruh yang baik daripada salah satu komponen pekerjaan tersebut.

Selain itu juga, kenyataan yang disampaikan oleh penggubal dasar diberi perhatian dalam pasaran yang dilihat tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan langkah pemotongan kadar faedah dalam masa terdekat.

Memerhati sentimen pasaran semasa, bacaan data inflasi China yang diterbitkan semalam menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu mengalami deflasi dan mencetuskan kebimbangan pelabur.

Situasi ini juga turut dilihat menyokong pemulihan US dolar sebagai mata wang safe-haven yang menjadi pilihan ketika suasana pasaran yang dinilai berisiko.

Namun, China dilihat masih berusaha dalam langkah untuk memulihkan ekonomi mereka ketika ini.

Untuk penutup dagangan minggu ini, data pekerjaan Kanada akan diteliti pada sesi New York sebentar lagi yang boleh memberi petunjuk untuk dasar monetari Bank of Canada seterusnya.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah kembali melambung tinggi semula semalam selepas pemulihan perlahan sejak awal minggu.

Sementara dagangan emas semalam jatuh hampir ke paras harga $2,020 sebelum melantun semula di atas zon $2,030.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat