USD ‘Berapi’ Lepas Keputusan Fed, Semua Mata wang Terciduk!

719

Dolar Amerika melonjak lebih tinggi selepas Federal Reserve (Fed) meneguhkan pendirian hawkishnya walaupun mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada mesyuarat terbaru.

Unjuran yang dikeluarkan dalam ‘dot plot’ Fed menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan untuk satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini kepada julat 5.50%-5.75%.

Bukan itu sahaja, hanya dua pemotongan kadar dijangka akan dibuat pada 2024 berbanding empat pemotongan yang diunjurkan pada bulan Jun. Ia akan meletakkan kadar faedah kekal tinggi sekitar 5.1%.

** ‘dot plot’ – menunjukkan jangkaan Fed tentang arah tuju kadar faedah pada masa hadapan.

Ekoran daripada itu, dapat dilihat bahawa bank pusat AS kekal hawkish dalam usahanya mengembalikan inflasi ke sasaran 2%.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback melonjak ke paras tertinggi baharu enam bulan susulan keputusan tersebut, pada 105.55.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun turut meningkat lebih tinggi pada paras terkukuh 16 tahun pada 4.44%.

Pengukuhan itu sekali gus menekan mata wang utama lain lebih rendah yang mana sebelum keputusan Fed dikeluarkan semuanya melonjak tinggi.

Sesi Asia menyaksikan yen tergelincir jauh ke paras terlemah baharu sejak November pada 148.45 dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada mesyuarat Bank of Japan (BOJ) esok.

Sementara itu, mata wang pound yang bakal menjadi tumpuan pada mesyuarat Bank of England (BOE) hari ini pula turut kecundang ke paras terendah sejak April berbanding greenback.

Turut menjadi tumpuan hari ini adalah mata wang swiss franc yang kini didagangkan susut menjelang mesyuarat Swiss National Bank (SNB) yang dijangka akan menaikkan kadar faedah.

Dalam pada itu, euro terus melemah pada paras terendah enam bulan berbanding greenback. Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah esok akan menjadi tumpuan pelabur.

Selain itu, dolar Aussie dan New Zealand turut mencatat penyusutan, memadamkan kesemua keuntungan yang dicatatkan sebelum pengumuman keputusan Fed.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat