Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mendatar pada Rabu semalam, meleset berbanding jangkaan untuk kenaikan diteruskan.
Jika pada Selasa lalu harga pamerkan kenaikan menuju ke zon 1.10000, harga dilihat masih tidak berjaya menyentuhnya.
Ini disebabkan faktor pemulihan semula US dolar semalam ketika data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga diterbitkan dengan bacaan angka yang baik.
Data keyakinan pengguna AS untuk tinjauan bulan November catat angka lebih baik berbanding ramalan begitu juga dengan pertambahan pada kadar jualan rumah di AS.
Justeru, US dolar yang bergerak lemah sebelumnya telah paparkan kembali pengukuhan semalam sementara beberapa lagi data-data tumpuan akan diterbitkan sehingga ke penghujung minggu.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga dilihat telah bergerak semula di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD mencetuskan kembali isyarat untuk pergerakan bearish buat harga.
Sekiranya data-data AS selepas ini terus diterbitkan positif menyokong US dolar, harga bakal ditekan jatuh di bawah paras 1.09000.
Kemudian penurunan harga akan mensasarkan semula paras 1.08000 yang menjadi zon tumpuan pada minggu sebelum ini.
Berbeza situasi jika lonjakan pula yang berlaku, melepasi kembali garisan halangan MA50 akan menjangkakan harga menguji zon rintangan penting pada 1.10000.
Jika akhirnya berjaya harga tembusi, paras ketinggian terbaru 4 bulan akan dicatatkan dengan sasaran seterusnya dilihat pada sekitar 1.10600 hingga 1.11000.
Bacaan akhir untuk pertumbuhan ekonomi AS suku ketiga akan diteliti pelabur pada sesi New York malam nanti yang dijangka akan pengaruhi arah pergerakan harga selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG