USD Bergerak Lebih Tinggi, Apa Intipati Minit FOMC?

479

Laporan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada awal pagi tadi melihatkan perpecahan di kalangan para penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Beberapa pembuat dasar melihat keperluan untuk lebih banyak kenaikan manakala yang lain menjangkakan kelembapan dalam pertumbuhan untuk menghentikan pengetatan.

Walaupun keputusan untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat baru-baru ini adalah sebulat suara, tetapi minit itu melihatkan tiada persetujuan untuk langkah seterusnya.

Akhirnya, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan mengundi untuk tidak lagi menyebut dalam kenyataan susulannya bahawa “pengukuhan dasar tambahan mungkin sesuai”.

Fed kini dilihat bergerak ke arah pendekatan yang lebih bergantung kepada data di mana pelbagai faktor akan menentukan sama ada kitaran kenaikan kadar diteruskan.

US dolar bagaimanapun kekal mengukuh dengan memperpanjangkan pengukuhan ke paras tertinggi dua bulan baharu berbanding sekumpulan mata wang utama.

Hal ini kerana pasaran masih dibelenggu oleh ketidakpastian dalam isu siling hutang Amerika Syarikat yang kini semakin hampir dengan tarikh akhirnya 1 Jun.

Ekoran daripada kekuatan US dolar yang berterusan, euro tergelincir lebih jauh ke paras terlemah dua bulan pada sesi Asia.

Setelah pelabur meneliti data inflasi UK yang menurun ketara pada bulan April, mata wang pound terus ditolak jatuh ke paras terendah baharu lima minggu berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar kiwi susut lebih jauh ke paras paling lemah dua bulan US dolar berikutan isyarat Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) untuk menghentikan kenaikan kadar faedah.

Sementara itu, dolar Aussie jatuh ke paras terendah enam bulan, dan dolar Kanada terlemah dua bulan berbanding US dolar setelah dihimpit oleh sentimen pasaran yang risk-off.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat