USD Bermula Suram, Nak Trade ‘Pair’ Matawang Apa Ye Hari Ini?

855

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan US dolar memanjangkan penyusutan berbanding matawang utama, mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap wabak coronavirus yang makin mengganas di Amerika Syarikat dan kesannya kepada ekonomi.

Keyakinan terhadap vaksin telah mendorong kenaikan dalam pasaran saham dan matawang, termasuk US dolar. Bagaimanapun, sentimen kembali berubah negatif selepas menyaksikan peningkatan kes coronavirus yang semakin meluas seluruh dunia.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 kini telah mencecah 54.32 juta, manakala angka korban melebihi 1.3 juta kematian di seluruh dunia, menurut data yang diterbitkan Johns Hopkins University.

Sementara jumlah kes di Amerika Syarikat telah melebihi 11 juta pada hari Ahad, berikutan kadar penularan yang semakin cepat.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama didagangkan rendah pada 92.615.

Dalam pada itu, ketidakpastian terhadap pilihan raya AS semakin berkurang, selepas Donald Trump mengakui kemenangan Joe Biden. Namun, beliau tidak akan mengalah dan akan terus melawan di mahkamah.

Sementara itu, dolar Aussie diniagakan meningkat ketika pelabur menantikan ucapan Gabneor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe pada petang ini, sementara laporan minit mesyuarat polisi November pula akan diterbitkan pada hari Selasa.

Penganalisis mengatakan perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang disokong oleh China dan ditandatangani oleh 15 ekonomi Asia Pasifik pada hari Ahad telah membantu meningkatkan sentimen terhadap matawang Asia, dengan harapan perdagangan yang terjejas disebabkan pertikaian AS-China, bertambah baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat